cara mudah tidur

10 Cara Mudah Tidur Tanpa Ubat Batuk Dan Ganja

Seperti yang kita semua ketahui, ubat batuk dan ganja hanyalah solusi jangka pendek dalam mencari solusi sebenar cara mudah tidur. Bahkan, risiko ketagihan dadah dan ubat batuk lebih parah (masalah tidak boleh diselesaikan dengan masalah). 

Tidur adalah salah satu anugerah kepada semua manusia sebagai terapi semulajadi. Maka, cara merawatnya juga perlulah secara semulajadi. Setakat artikel ini ditulis, penulis belum pernah berjumpa atau mendengar tentang manusia normal yang tidak perlukan tidur. 

Tidur adalah sebahagian daripada nikmat hidup di dunia dan tubuh badan anda mempunyai hak untuk mendapatkan rehat yang secukupnya melalui tidur. 

“Tidur adalah tali yang menyambung kesihatan fizikal (badan) dan kesihatan mental (emosi) dalam satu masa yang sama. Jangan bazirkan masa tidur dengan apa sahaja perkara.” 

Berkaitan dengan cara mudah tidur, anda tidak perlu khuatir kerana penulis akan kongsikan 4 cara tidur awal yang proven berdasarkan pengalaman peribadi dan tips bangun awal menurut Islam yang anda boleh tiru dan mendatangkan hasil sepantas 7 hari sahaja. 

Kepentingan Dapatkan Tidur Yang Cukup 

cara mudah tidur
Kredit: Getty Images

Prestasi Daya Fikir Otak 

Dalam tubuh badan kita, ada satu organ yang sangat bernilai dan berfungsi mengawal pergerakan tubuh badan, mengawal emosi, menyimpan memori, alat pemprosesan pembelajaran dan berfungsi sebagai pembuat keputusan yang kompleks. 

Bahkan, atlet superstar dunia, Cristiano Ronaldo juga mempunyai rutin tidur yang sangat teratur bermula waktu tidur, suhu, pakaian dan posisi tidur supaya dia mampu memberi tubuh badan dan otaknya berehat pada skala tertinggi.

Otak seorang manusia lazimnya bekerja 16 jam – 18 jam sehari dan kekal aktif walaupun ketika anda sedang tidur. 

“Tatkala saya bangun dari tidur yang cukup, saya seperti dilahirkan semula.” – Mahatma Gandhi 

Orang yang berjaya mendapatkan waktu tidur yang secukupnya (6 jam – 8 jam) akan melihat peningkatan prestasi daya fikir otak mereka. 

Tidur yang cukup adalah asas kepada kesihatan mental dan fizikal yang dipantang enteng oleh rakyat terbanyak. Stigma tidur lewat dan bangun awal untuk bekerja adalah salah. Jalan hidup yang betul adalah, tidur awal dan bangun awal. 

Mood Yang Lebih Stabil 

Bila anda tidur lewat dan bangun awal, otak anda sebenarnya masih letih sedangkan anda perlu gunakan otak untuk berfikir secara kompleks dan selesaikan banyak masalah hidup. 

Kesannya, emosi anda menjadi tidak stabil kerana anda tidak mampu berfikir secara ‘deep work’ untuk selesaikan masalah yang rumit. Anda cenderung untuk menjadi pemarah dan kurang berminat untuk bersosial dengan orang sekeliling. 

Panjangkan Umur 

Dipetik dari artikel The Guardian, “Lelaki yang tidur secukupnya hidup 5 tahun lebih lama, perempuan pula hidup 2 tahun lebih lama. Dan dalam tempoh ini, kedua-dua lelaki dan perempuan menikmati kesihatan yang jauh lebih baik.”

Logiknya, jika anda tidak cukup tidur, badan anda tidak mampu menghasilkan sel baru untuk menggantikan sel yang telah mati dan menjalankan proses detoksifikasi. 

Ini berbeza jika anda tidur secukupnya, tubuh badan anda mampu menghasilkan sel baru secukupnya dan proses detoksifikasi dapat dijalankan dengan sempurna 100%. 

Sekarang anda sudah tahu kepentingan tidur awal, kini tiba masa untuk anda ketahu cara tidur awal yang sebenar hasil pengalaman penulis. Untuk info, ada 4 cara tidur awal yang proven yang anda boleh tiru bermula hari ini. 

4 Cara Tidur Awal Yang Proven 

cara mudah tidur
Kredit : iStock

a. Berjemur Bawah Cahaya Matahari

Waktu paling bagus untuk anda berjemur di bawah sinaran cahaya matahari adalah di antara jam 7AM – 8.30AM. Kerana pada waktu ini, kadar radiasi UV adalah rendah dan suhunya tidak terlalu tinggi (25°C – 28°C). 

Cahaya matahari di waktu pagi mempunyai vitamin D yang diperlukan tubuh badan untuk menguatkan sistem imun tubuh badan, melambatkan pertumbuhan kanser, menurunkan berat badan dan lebih 10+ manfaat lain. 

b. Bersukan 

Antara cara paling efektif untuk berjemur di bawah cahaya matahari adalah dengan bersukan di waktu pagi. Anda boleh buat pelbagai jenis sukan outdoor yang mengeluarkan peluh dan membenarkan anda menikmati cahaya matahari pagi. 

Untuk lelaki, anda boleh cuba weight lifting atau kardio seperti mengayuh basikal dan berlari. Cadangan kalori untuk dibakar adalah 500 kalori – 700 kalori. 

c. Elak Tidur Petang 

Ramai orang akan merasa letih dan mengantuk selepas Asar dan tertidur sehingga menghampiri waktu Maghrib. Kesannya, anda akan lebih letih dan sukar tidur pada waktu malam.

Cadangan penulis, anda boleh sibukkan diri dengan menguruskan rumah, membaca buku atau membuat sebarang aktiviti selain tidur pada waktu petang. 

d. Asingkan Smartphone 

Ini adalah teknik yang digunakan Ryan Holiday sebelum tidur di mana beliau akan caj smartphone dan meletakkannya di bilik yang berasingan (bukan bilik tidur) untuk mengelakkan gangguan dari notifikasi email, instant messaging dan apps. 

Selepas jam 20:00 (8PM), anda sepatutnya tidak menerima sebarang bluelight dari komputer, laptop dan smartphone lagi yang impaknya menganggu kualiti tidur anda. 

Sebenarnya, cara mudah tidur dan masalah untuk bangun awal adalah masalah yang telah dibahas dan diselesaikan ulama, pemikir dan masyarakat terdahulu. Berikut adalah tips bangun awal menurut Islam. 

Di dalam Al-Quran, terdapat 4 jenis tidur iaitu : 

  • Sinah – tidur sekejap
  • Nu’ass – Short nap 
  • Ruqood – Tidur yang lama 
  • Subaat – Deep sleep

Rujukan : National Library of Medicine 

“Hadiah terbaik untuk diri kita adalah tidur awal. Sekurang-kurangnya, kita ada peluang untuk dapat mimpi yang indah.” 

Baca : Pengenalan Dan Maksud Produktiviti Diri 

4 Tips Bangun Awal Menurut Islam 

cara bangun awal menurut islam
Kredit : Saudi Gazette

1. Pasang Niat

Asas untuk bangun sebelum Subuh adalah, anda perlu hantar signal kepada otak bahawa anda ingin bangun awal (sebelum Subuh).

Cara yang paling efektif adalah dengan memasang niat di dalam hati, memohon secara lisan (berdoa) dan memasang alarm (perbuatan).

2. Tidur Selepas Isya’

Ini adalah teknik paling efektif untuk bangun awal di mana, anda perlu solat Isya’ seawal mungkin dan terus tidur selesai solat. 

1,400 tahun dulu, masyarakat tidak mempunyai gajet dan hidup yang kompleks. Mereka lazimnya sudah terlalu letih menunggu Isya’ dan mampu bangun awal kerana mereka tidur 30 minit selepas solat Isya’. 

3. Tutup Lampu 

Otak kita mudah terangsang dan diganggu oleh deria-deria seperti bunyi, suhu dan lampu. Apa yang anda perlu lakukan adalah, tutup semua lampu di dalam rumah terutamanya dalam bilik tidur supaya anda mampu tidur nyenyak. 

Jika anda tidur dalam keadaan lampu terbuka, anda tidak mampu mencapai deep sleep dan kualiti tidur anda yang teruk menyebabkan anda akan keletihan bila bangun dari tidur.

4. Tidur Waktu Sama Setiap Hari

Otak kita mencari-cari pola dan rutin untuk memberi signal kepada tubuh badan waktu untuk bekerja, waktu untuk makan dan waktu untuk berehat. 

Jika anda tidak tidur pada waktu yang sama setiap hari, anda 2x lebih senang untuk tidur dan sekaligus lebih mudah untuk bangun awal berbanding orang lain yang kadangkala tidur awal, berjaga malam dan bangun awal. 

“Tidur adalah tali yang menyambung kesihatan fizikal (badan) dan kesihatan mental (emosi) dalam satu masa yang sama. Jangan bazirkan masa tidur dengan apa sahaja perkara.” 

10 Cara Mudah Tidur Tanpa Ubat Batuk Dan Ganja 

cara mudah tidur infografik

1. Rancang Waktu Tidur 

Pastikan anda tahu waktu untuk anda bangun keesokan harinya dan rancang waktu tidur supaya anda mendapat waktu tidur yang mencukupi untuk otak dan tubuh badan mencapai deep sleep. 

2. Jangan Tidur Siang 

Jangan sesekali tidur pada waktu siang lebih dari 15 minit khususnya selepas waktu Zuhur (1PM) dan selepas waktu Asar (5PM). Majoriti orang yang tidur siang akan hadapi masalah untuk tidur pada waktu malam. 

3. Kopi Terakhir Jam 12PM 

Budaya kapitalis; minum kopi sebenarnya bagus untuk anda dapatkan enery boost pada waktu pagi. Tetapi, budaya yang tidak sihat adalah minum kopi tanpa kawalan waktu yang betul. Pastikan anda minum kopi di antara 7AM – 11.30AM dan elak kopi selepas jam 12PM untuk mudah tidur di waktu malam. 

4. Jangan Makan Selepas 8PM

Apabila anda makan malam lewat, perut anda perlu bekerja sekurang-kurangnya 2 jam untuk memproses makanan di dalam perut bermula dari usus besar dan usus kecil. Proses ini akan menganggu kualiti tidur anda jika anda ingin tidur awal.

5. Bersenam di Waktu Pagi 

Salah satu cara mudah tidur paling proven adalah bersenam di waktu pagi. Hal ini kerana, apabila tubuh badan anda keletihan, otak akan menghantar signal pada mata dan mulut anda. Mata anda akan menjadi kuyu dan mulut anda menguap tanda ingin tidur.

6. Suhu Bilik Yang Tepat 

Jangan tidur di suhu bilik yang terlalu panas dan suhu bilik yang terlalu sejuk. Badan anda akan menjadi kurang selesa dan kualiti tidur anda akan terganggu. Sebaiknya, tidurlah pada suhu bilik di antara 20°C – 25°C.

7. Elak Bluelight Selepas 8PM 

Bluelight atau cahaya biru adalah cahaya palsu yang dikeluarkan televisyen, komputer, laptop, tablet dan smartphone anda. Akses berterusan dari pagi sehingga malam terhadap bluelight menyebabkan otak anda sukar tidur dan menyebabkan overthinking dan anxiety.

8. Stretching 10 Minit 

Sebelum tidur, cuba praktikkan untuk buat regangan tubuh badan atau yoga selama 5 minit – 10 minit. Penulis sendiri akan buat sedikit rengangan leher, bahu dan kaki sebelum tidur supaya badan terasa penat dan selesa untuk tidur.

9. Dengar Lagu 

Elakkan lagu bersifat lirikal, sebaliknya dengarkan lagu-lagu seperti Lofi, instrumen yang nyaman dan bunyi alam semulajadi. Lagu yang betul membantu anda tidur mudah tidur berbanding orang yang menonton Live di sosial media seperti Tiktok dan Instagram. 

Contoh Lagu : Youtube 

10. Baca Buku 

Pilihlah buku-buku fiksi (fiction) yang sarat dengan plot dan imaginasi berbanding buku-buku non-fiksi (non-fiction). Berdasarkan pengalaman penulis, buku fiksi membantu anda mendapat deep sleep dan mimpi yang lebih pelbagai. 

Andai kata, selepas 7 hari anda telah cuba praktikkan semua tips & strategi dalam artikel ini dan gagal untuk mencapai cara mudah tidur, sila dapatkan perkhidmatan pakar kesihatan di hospital berhampiran. Barangkali, anda mengalami maslaah insomnia yang lazimnya dihadapi warga kota ekoran stress dan anxiety berpanjangan. 

Apa Itu Insomnia?

insomnia
Kredit : The Guardian

Insomnia adalah satu fenomena gangguan dalam tidur di mana, anda tidak boleh tidur atau menghadapi tidur yang tidak berkualiti untuk satu jangka masa panjang.

Ada pesakit yang hanya mampu tidur 2 jam sehari dan ada juga pesakit yang langsung tidak boleh tidur dan hanya mampu terlelap untuk tempoh 10 minit – 30 minit sahaja sepanjang malam.

Kurang lebih 10% dari rakyat Malaysia menghadapi masalah ini dan insomnia sebenarnya boleh dirawat dengan bantuan pakar kesihatan yang sah dan bertauliah. 

Walhasil, waktu tidur yang ideal berbeza buat setiap individu mengikut jenis pekerjaan, gaya hidup dan umur. Apa yang pasti, anda perlu dapatkan di antara 6 jam – 8 jam waktu tidur untuk mencipta hari yang lebih berdasarkan cara mudah tidur yang dikongsikan. 

Majoriti orang yang mengalami sakit kronik atau mati mengejut sebelum 40 tahun, tidak cukup tidur dan mengabaikan kepentingan waktu tidur. 

Anda boleh panjangkan umur anda dengan mencapai tidur yang lebih berkualiti dengan mengikuti semua tips cara mudah tidur di dalam artikel ini. Semoga berjaya.

cara mudah tidur

Similar Posts