framework menulis artikel

3 Framework Menulis Artikel 10X Lebih Baik (Contoh)

Pernahkan anda terfikir bagaimana penulis prolifik atau content writer yang terkenal menulis artikel? Adakah wujud satu framework menulis artikel yang mereka gunakan dalam proses menulis artikel?

Jawapannya, ya. Memang ada. Majoriti penulis dan content writer profesional mempunyai sekurang-kurangnya satu framework menulis artikel.

“Orang yang menulis tanpa framework bermakna dia menulis berdasarkan info minimum dan emosi yang wujud ketika itu sahaja.”

Kesannya, artikel yang ditulis banyak kesilapan, tidak cukup matang dan kesilapan ini lazimnya hanya disedari selepas artikel diterbitkan.

Baca : 5 Tips Menjadi Penulis Digital Dari Pakar (Proven)

Anda boleh rujuk artikel tulisan Leigh McKenzie berkenaan cara menulis artikel mengikut garis panduan Google menerusi Google Search Central iaitu : E-E-A-T.

google framework e-e-a-t

E-E-A-T merupakan framework yang dikeluarkan oleh Google untuk menilai kualiti dan kredibiliti sesebuah artikel yang diterbitkan secara online.

Jika anda hadapi masalah di atas dan tiada framework menulis artikel, jangan risau kerana dalam artikel ini, anda akan didedahkan dengan tiga jenis framework menulis artikel.

Dengan framework menulis artikel, anda mampu menulis artikel yang lebih logik di pandangan pembaca dan membantu anda menulis dengan lebih cepat tanpa mengabaikan kualiti artikel.

Sila baca artikel ini sampai habis dan pilih mana-mana dari tiga framework menulis artikel yang dikongsikan untuk meningkatkan kualiti penulisan artikel anda.

Baca : 5 Cara Mendapatkan Inspirasi Untuk Menulis Beserta Contoh

3 Framework Menulis Artikel

Ada tiga jenis framework menulis artikel yang anda perlu tahu. Sila rujuk poin di bawah.

1. HI-S-S-P

Merupakan akronim kepada HI; Headline & Introduction, S;Scannability, S;Storytelling & Technique, P;Proofread & Edit.

hi-s-s-p framework

Framework menulis artikel ini dipopularkan oleh Neil Patel sebagai panduan asas untuk anda menulis artikel yang mampu menimbulkan rasa ingin tahu pembaca supaya kekal membaca artikel yang ditulis sampai habis.

Dalam framework ini, Neil Patel menegaskan yang penulis :

  • Jangan beri semua info pada headline
  • Pendekkan artikel & jangan guna ayat negatif
  • Selesai menulis, edit artikel menggunakan software/upah editor profesional
  • Jangan beri pendapat peribadi di hujung artikel, biar pembaca tentukannya
  • Susun jalan cerita artikel agar pembaca dapat faham konteks secepat mungkin

2. LEMA

Merupakan akronim kepada L;Logic, E;Explictness, M;Memorability, A;Action.

lema framework

Framework yang dipopularkan oleh Lily Ugbaja ini memastikan penulis fokus kepada masalah yang dihadapi pembaca dan menjawab persoalan pembaca dengan tepat.

Selain itu, struktur penyusunan idea menjadi kunci utama framework ini supaya idea penulis tepat dan dipersetujui pembaca.

Framework ini juga membantuu anda tahu :

  • Konsep yang pembaca perlu tahu
  • Konsep yang tidak perlu diberi penjelasan
  • Konsep yang perlu diketengahkan pada pembaca

3. MIIDK

Merupakan akronim kepada M;Masalah, I;Intro, I;Isi, D;Data, K;Kesimpulan.

miidk framework

Framework menulis artikel ini digunapakai oleh saya sejak tahun 2018 dan membantu saya menulis artikel berkualiti dengan cepat.

Dalam framework MIIDK ini, saya mampu :

  • Hurai masalah dihadapi pembaca
  • Menyusun struktur isi artikel lebih tepat
  • Memasukkan data terkini berkaitan topik
  • Faham apa solusi & stigma dihadapi pembaca
  • Buat kesimpulan holistik tanpa perlu menjadi bias

Baca : Cara Menulis Artikel Dengan Cepat Dalam 1 Jam

Natijahnya, ketiga-tiga framework menulis artikel yang dikongsikan di atas mempunyai kelebihan dan kekurangan bergantung kepada penulis dan objektif artikel yang ingin ditulis.

Menulis tanpa framework adalah seperti memandu kereta tanpa hala tuju dan hanya menambah bingung anda dan pembaca. Pilih framework menulis artikel yang paling tepat dengan anda dan naikkan produktiviti anda dalam menulis artikel!

menulis digital

Similar Posts