tips menjadi penulis digital

5 Tips Menjadi Penulis Digital Dari Pakar (Proven)

Rupa-rupanya ramai rakyat Malaysia yang mencari tips menjadi penulis di Google dan media sosial. Anda bukan orang pertama dan tentunya bukan orang yang terakhir yang menghadapi masalah ini.

Berdasarkan pemerhatian saya, majoriti orang yang ingin menjadi penulis ada 3 persamaan yaqni :

  1. Suka membaca dan menulis
  2. Tiada platform untuk mula menulis
  3. Nak jana duit hasil dari menulis secara online

Untuk pengetahuan anda, bidang penulisan itu luas. Secara peribadi, saya masih terkejut akan betapa cepatnya dunia penulisan berkembang seiring dengan invoasi teknologi lebih-lebih lagi dengan kehadiran Chat GPT.

“10 tahun dulu, seorang penulis hanya mampu menghasilkan 1 artikel berkualiti. Berbeza dengan hari ini, seorang penulis mampu menghasilkan 10 artikel – 15 artikel berkualiti.”

Kerisauan yang anda alami sebenarnya ada solusi. Dalam konteks tips menjadi penulis ini, izinkan saya  berkongsikan tips menjadi penulis digital berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2017 hingga kini. Moga artikel ini menjadi inspirasi untuk anda menjadi penulis digital yang lebih baik dari saya.

Baca : 5 Cara Mendapatkan Inspirasi Untuk Menulis Beserta Contoh

4 Persediaan Sebelum Menjadi Penulis Digital

tips menjadi penulis
Kredit : PNG Tree

Sebagai pemula, anda perlu tahu beberapa perkara penting sebelum menjadi penulis digital yaqni :

1. Tahu Asas Menulis dengan Baik

Menguasai tatabahasa dan struktur ayat yang betul adalah asas yang penting. Penulis yang baik mampu menyampaikan idea dengan jelas dan teratur.

2. Mahir Membuat Kajian tentang Topik

Seni membuat kajian mendalam membolehkan penulis menghasilkan kandungan yang berkualiti dan relevan. Ini melibatkan mencari sumber yang sahih dan memahami spektrum topik secara menyeluruh.

3. Tahu Cara Promosikan Tulisan

 Promosi yang efektif memastikan tulisan anda sampai kepada audiens yang tepat. Ini termasuk memahami teknik SEO, menggunakan media sosial, dan berinteraksi dengan komuniti pembaca seperti di Twitter & Facebook Group.

4. Set Rutin Membaca & Menulis 

Seorang penulis sejati lazimnya akan membawa dua jenis buku. Satu untuk dibaca dan satu untuk ditulis (muntah idea). Anda perlu bijak menguruskan masa dan tetapkan rutin untuk membaca dan menulis.

Baca : 6 Jenis Emosi Dalam Copywriting Untuk Iklan (Infografik)

Proses Menjadi Penulis Digital

tips menjadi penulis

Saya kongsikan proses yang saya lalui sepanjang tahun 2017 hingga kini untuk menjadi seorang penulis digital :

1. Improve Skil Menulis

Sentiasa mengasah kemahiran menulis melalui latihan yang konsisten dan mendapatkan maklum balas dari penulis lain.

2. Baca Banyak Buku

  • Mesej dalam Tulisan: Bijak memasukkan mesej yang jelas dan kuat.
  • Emosi dalam Tulisan: Menyuntik emosi dalam tulisan menarik minat pembaca.
  • Bahasa Tulisan: Menguasai bahasa dengan baik & memperkayakan penulisan.
  • Jenis Tulisan: Tahu pelbagai jenis tulisan untuk menulis pelbagai gaya yang sesuai.
  • Framework Tulisan: Faham struktur tulisan dalam penyusunan idea yang sistematik.

3. Faham Asas Digital Marketing

   Platform Penulisan:

  • WordPress: Platform yang popular untuk blog dan laman web.
  • Medium: Tempat berkongsi cerita dan artikel.
  • Wattpad: Sesuai untuk penulis fiksyen.

4. Pilih Niche Anda

  • Topik: Pilih topik yang anda minati dan kuasai.
  • Niche: Fokus pada satu niche untuk menarik pembaca yang khusus.
  • Industri: Kenali industri anda untuk memahami trend & keperluan audiens.

5. Jana Duit Menjadi Penulis Digital

  • Artikel Review: Menulis review produk atau perkhidmatan.
  • Affiliate: Menggunakan link affiliate untuk menjana komisen.
  • Adsense: Menggunakan iklan untuk mendapatkan pendapatan.

6. Kembangkan Karier

  • Ghostwriter: Menulis untuk orang lain tanpa kredit.
  • Iklankan Servis: Promosikan perkhidmatan penulisan anda secara aktif.
  • Guest Post: Menulis di blog atau laman web orang lain untuk meningkatkan visibility.

Baca : Cara Menulis Artikel Dengan Cepat Dalam 1 Jam

5 Tips Menjadi Penulis Digital Dari Pakar

faisal tehrani
Kredit : Kawah Buku

Saya kongsikan kompilasi petikan nasihat dalam proses menjadi penulis dari pakar-pakar dan ahli akademik.

1. Wajib Ada Framework Menulis

“Framework menulis membantu penulis menyusun idea dengan lebih teratur dan memastikan setiap tulisan mempunyai aliran yang baik.” – Dr. Zulkifli Abdul Razak, Pensyarah Kanan dalam Bidang Penulisan Kreatif, Universiti Malaya.

 Caranya adalah dengan menggunakan teknik piramid terbalik dalam artikel berita untuk menonjolkan maklumat penting di awal tulisan.

2. Kebolehan Menulis dengan Laju

“Penulis yang produktif mampu menulis dengan cepat tanpa mengorbankan kualiti.” – Amanda Hocking, Penulis Terlaris New York Times.

Teknik menulis dengan laju sebenarnya adalah seni melatih diri menulis secara pantas dengan menetapkan waktu tertentu untuk setiap sesi penulisan seperti 1 jam untuk satu artikel.

3. Mencipta Gaya Penulisan Berbeza Mengikut Keperluan

“Menyesuaikan gaya penulisan mengikut audiens dan platform adalah kunci kejayaan.” – Tun Mahathir Mohamad, Penulis dan Bekas Perdana Menteri Malaysia.

Caranya, dengan menggunakan gaya bahasa formal dalam artikel akademik dan gaya bahasa santai dalam blog peribadi mengikut platform yang anda tulis.

4. Bijak Mencari Data & Informasi yang Tepat

“Pencarian data yang tepat meningkatkan kredibiliti tulisan anda.” – Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Malaysia.

Maksudnya, anda perlu menggunakan sumber seperti jurnal akademik dan laporan industri terkini untuk menyokong fakta dalam artikel dan tidak bergantung kepada sumber di media sosial dan Google semata-mata tanpa data & fakta.

5. Seni Menulis yang Mencapai Objektif Bisnes

“Menulis dengan tujuan yang jelas membantu mencapai matlamat bisnes.” – Seth Godin, Pakar Pemasaran dan Penulis.

Petikan ini bermaksud, anda perlu menggunakan teknik copywriting dalam menulis iklan untuk menarik perhatian audiens. Tulislah seolah-olah mereka merasakan anda seperti sedang bercakap di hadapan mereka.

Kerja-kerja menjadi penulis digital bukanlah kerja semalaman, sebaliknya latihan demi latihan selama bertahun lamanya. Tips menjadi penulis di atas barangkali hanya 10% dari apa yang anda bakal hadapi kelak.

Ambil sebanyak mungkin tips dan teknik yang anda pelajari dalam artikel ini untuk menjadi penulis digital. Moga-moga cita anda untuk menjadi penulis tercapai dengan perkongsian tips menjadi penulis ini dari saya.

menulis digital

Similar Posts