Bertahun lamanya saya membuat puluhan ribu ringgit dari menulis 100%. Saya ingin rakyat Malaysia belajar cara jana wang dari menulis secara digital menerusi artikel dan copywriting.
Trend work-from-home sewaktu PKP memberi cabaran dalam mengawal rutin hidup saya. Saya berjaya cipta rutin hidup untuk menjadi lebih produktif dan dokumenkan proses ini.
Sewaktu pertama kali menjadi bapa, saya membuat carian tentang “cara menjadi bapa” di Google dan hasilnya kurang memuaskan. Saya percaya bapa di Malaysia tidak mendapat bahan bacaan yang cukup sebagai persediaan mereka dengan kontrak sepanjang hayat itu.
Saya gunakan laman ini untuk demonstrasi :
Dalam laman ini, saya demonstrasikan cara menulis digital yang anda boleh tiruvasi untuk jana wang dari menulis secara digital.
Selain itu, saya demonstrasikan proses mengubah rutin hidup menjadi produktif berdasarkan pengalaman saya semenjak tahun 2021 hingga kini.
Akhir sekali, saya kumpul kompilasi seni menjadi bapa mithali untuk bakal bapa dan bapa sebagai sumber bacaan utama menghadapi cabaran kontrak akhir hayat mereka.
Mehmed Aezhad merupakan seorang konsultan digital marketing yang fokus kepada Search Engine Optimization (SEO) dan AI SEO dengan 10 tahun pengalaman dalam lebih 20+ industri dan niche di Malaysia.
Merupakan bekas pelajar International Business with IT di kolej tempatan, saya menggunakan skill dan pengalaman saya membangunkan brand travel sendiri pakejhatyai.com.
Saya juga membangunkan Warbyasa (SEO Agensi) sejak tahun 2024 yang fokus menaikkan visibility, trafik dan revenue klien kami dengan panduan SEO yang sebenar dari Google.
Selain itu, saya juga aktif menulis kompilasi panduan dalam SEO untuk kedai fizikal seperti Ebook Google Maps Untuk F&B di Malaysia yang menggunakan taktik dan teknik terkini
Google Business Profile yang proven.
Dalam marketing, fokus saya hanyalah mengubah persepsi audiens terhadap satu topik dan mencapai conversion bisnes sahaja. Selain dari itu, saya anggap tidak penting.
Revenue adalah lebih penting dari ranking.