anak dan ayah

Hubungan Anak Dan Ayah Akan Kekal Dengan 5 Cara Ini

Sebenarnya, menjaga hubungan di antara anak dan ayah ini tidak mudah. Jika anda tanyakan kepada 10 orang ayah, pasti jawapan mereka penuh dengan penyesalan dan air mata dek kekangan masa, wang dan tenaga yang mereka kurang berikan pada anak-anak.

Pasti terbit rasa marah dan kecewa pada diri sendiri kerana pernah gagal dalam beberapa episod sebagai seorang ayah dalam memberi kehidupan yang sempurna buat anak-anak.

Apa yang lebih meresahkan, saat anak-anak sudah matang dan seorang ayah bergelut dengan masalah baru; ingin kekalkan hubungan di antara anak dan ayah.

Barangkali masyarakat terbanyak melihat, adalah normal hubungan di antara seorang anak dan ayah semakin renggang selepas anak mula sibuk dengan kehidupan mereka. Ada kes sehingga anak dan ayah itu bermusuhan dek perkara-perkara kecil.

“Selepas dilahirkan, hero pertama seorang budak lelaki adalah bapanya.”

Tapi, di sudut hati seorang ayah, mereka ingin hubungan di antara anak dan ayah itu kekal seperti zaman anak-anak kecil. Mereka rindukan gurau senda, hilai tawa dan panggilan manja anak kepada ayahnya.

Jangan khuatir, masalah yang anda alami sebenarnya telah dibahaskan pakar ibu bapa lebih awal. Dalam artikel ini, penulis akan membincangkan secara detail cara mengekalkan hubungan di antara anak dan ayah berdasarkan tips yang praktikal dari pelbagai sumber.

Pastikan anda baca artikel ini sampai habis kerana boleh jadi, tips yang anda cari selama ini berada pada salah satu dari tips yang akan dikongsikan di bawah.

Baca : Persediaan Menjadi Bapa Mithali Untuk Anak-Anak

5 Tips Mengekalkan Hubungan Anak Dan Ayah

1. Beri Sokongan Emosi Pada Anak

Anak adalah manusia yang dilahirkan melalui anda, bukan untuk anda. Setiap orang anak adalah manusia yang mempunyai 27 jenis emosi berbeza seperti anda.

anak dan ayah

Sebagai seorang ayah, anda perlu beri sokongan emosi kepada anak sebaiknya. Contohnya, ajarkan kepada anak anda yang orang lelaki boleh menangis, tetapi orang lelaki juga harus cepat bangkit dari masalah hidup.

Apabila menjadi kebiasaan, anak anda akan tahu bahawa ayah mereka sentiasa ada untuk memberi sokongan emosi tatkala mereka di puncak dan pergeseran hidup.

Tatkala anak anda mendapat zuriat, anda boleh ajarkan cara mengurus emosi sewaktu anda berada di fasa mereka. Aktiviti ini boleh diteruskan seiring masa dan fasa yang anak anda hadapi dalam hidup mereka.

“Hidup tak datang dengan buku panduan. Disebabkan itu kita ada bapa.” – H. Jackson Browne

2. Hikmah Menerusi Tingkah Laku

Sebaik-baik hikmah yang seorang ayah boleh turunkan kepada anak adalah tingkah laku yang mulia. Dalam proses mengajar hikmah menerusi tingkah laku, seorang ayah perlu lurus 100% terlebih dahulu.

anak dan ayah

Apa yang ramai bapa tersilap adalah, mereka menyangka anak akan ingat nasihat yang diberikan sewaktu mereka hidup. Hakikatnya, anak hanya akan ingat tingkah laku dan peribadi ayah mereka.

Contoh yang anda boleh ajarkan kepada anak anda adalah :

  • Adab dengan guru
  • Adab dengan ibu bapa
  • Adab dengan keluarga
  • Adab dengan masyarakat
  • Adab dengan jiran tetangga
  • Adab dengan majikan & pekerja
  • Common sense sebagai rakyat Malaysia
  • Common sense sebagai seorang manusia

Apa yang menarik, amalan ini anda boleh dikekalkan dengan anak-anak seiring usia dan masalah baru yang mereka hadapi dalam hidup dan tidak terbatas saat mereka masih di bangku sekolah sahaja.

“Setiap bapa harus tahu yang satu hari nanti, anak akan ikut contoh yang kita tinggalkan, bukan nasihat.” – Charles F. Kettering

3. Beri Bimbingan & Disiplin Rutin Hidup

Tanpa disiplin dalam rutin hidup, adalah sukar untuk seorang manusia mencapai perkara besar dan menghasilkan perkara-perkara hebat dalam hidup mereka.

anak dan ayah

Sebagai orang yang lebih berpengalaman dalam hidup, anda perlu beri bimbingan dan menerapkan disiplin dalam rutin hidup anak-anak.

Contoh mudah yang anda boleh buat adalah dengan memastikan anak-anak solat berjemaah samada di masjid atau di rumah dan beri bimbingan tentang hukum fiqah (permasalahan ibadah) kepada mereka.

Atau, anda boleh beri bimbingan untuk anak anda memenangi satu pertandingan marathon dengan menjaga disiplin rutin hidup mereka dalam proses mereka memenangi pertandingan marathon tersebut.

“Ayah saya tak pernah ajar cara untuk hidup, dia hidup dan tunjukkan pada saya.” – Clarence B. Kelland

4. Ajar Anak Skill Baru Dalam Hidup

Jika anda mempunyai skill hidup yang boleh ditukar dengan wang, adalah satu kerugian yang besar jika anda tidak mengajarkan skill tersebut kepada zuriat anda.

anak dan ayah

Hari ini, ramai muda mudi yang dahagakan skill baru mengambil kursus, bergadai masa dan tenaga untuk menaik taraf kualiti hidup mereka.

Contoh yang anda boleh buat adalah, ambil masa 1 hari dalam seminggu untuk mengajarkan anak anda skill baru dalam hidup mereka seperti berniaga, membaiki kenderaan, seni menulis, melukis dan macam-macam lagi skill yang anda ada.

Apa yang best, aktiviti ini anda boleh lakukan sampai bila-bila dengan anak anda. Akan tetapi, anda perlu turunkan ego bila sampai satu masa, anak anda pula yang membetulkan anda dan berkongsi ilmu baru dengan anda.

“Hubungan saya dengan anak sangat bagus sampai saya maafkan kesilapan bapa saya.” – Anthony Kiedis

5. Aktiviti Bersukan/Riadah

Jika anda seorang yang rajin bersukan dan beriadah seperti hiking, memancing, berlari dan sebagainya, saya ingin mengucapkan tahniah kerana anda seorang bapa yang bertanggungjawab atas kesihatan diri sendiri.

anak dan ayah

Apa yang menarik tentang aktiviti bersukan dan riadah adalah, ini merupakan satu-satunya aktiviti paling ampuh untuk anda ajarkan kepada anak tentang seni :

  • Berkomunikasi
  • Aktiviti berpasukan
  • Mengenal tubuh badan
  • Melatih kekuatan mental
  • Menjaga rutin tidur & makanan

Aktiviti sukan/riadah ini terbukti menjadi sebab keakraban hubungan seorang anak dan ayah apabila dilakukan bersama atau dalam bentuk mentor dan mentee.

Contoh terdekat adalah atlet Nicole David yang menjadikan ayahnya role model dan sahabat terbaik sepanjang kariernya sebagai atlet squash Malaysia bertaraf dunia.

nicole david & dismond david
Kredit : Fourth Official

“Kita sedang besarkan anak, bukan superhero. Tapi, kalau kita layan mereka seperti anak, mereka akan menjadi superhero.” – Walter M. Schirra

Baca : 11 Cara Didik Anak Lelaki Menjadi Insan Mulia

Walhasil, sebenarnya normal jika hubungan anak dan ayah berubah seiring perubahan tnaggungjawab, masa dan zaman. Kita tak pernah tahu betapa dahsyatnya kasih sayang seorang ayah, sehingga kita menjadi ayah.

Akan tetapi, anda boleh rawat hubungan dengan anak dengan mengikuti tips yang dikongsikan di atas bersama anak anda. Seorang ayah sejati, menunjukkan kekuatannya dalam kelembutan, bukan menerusi kekerasan.

Ambil contoh terbaik dalam artikel ini untuk kekalkan hubungan di antara anak dan ayah. Tugas kita sebagai seorang ayah tetap sama, menjadikan anak-anak versi terbaik diri mereka.

bapa mithali

Similar Posts