kepentingan tidur yang cukup

4 Kepentingan Tidur Yang Cukup Kepada Produktiviti Harian

Tahukah anda, majoriti orang Malaysia sebenarnya tidak cakna dengan kepentingan waktu tidur yang cukup. Trend tidur sekitar jam 12AM setiap hari dilihat semakin ‘biasa’ walaupun pada hari bekerja.

Ditambah lagi dengan perubahan pola tidur dan gaya hidup sewaktu PKP, sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang masih belum beradaptasi dengan gaya hidup asal bahkan meneruskan gaya hidup sewaktu PKP!

kepentingan tidur yang cukup

Selain itu, trend buat 2-3 kerja untuk tambah pendapatan harian/bulanan dengan mengorbankan waktu tidur juga semakin popular!

“Orang yang tidak jaga kadar kesihatan tidur mereka sebenarnya sedang memendekkan umur mereka sehingga 5 tahun berbanding orang yang jaga tidur.”

Baca : 10 Cara Mudah Tidur Tanpa Ubat Batuk Dan Ganja

Individu yang berumur 30 tahun ke atas di Malaysia kini ada risiko serangan jantung kerana tidak menjaga kepentingan tidur yang cukup. Jika anda salah seorang yang sering tidur lewat setiap hari, sila baca artikel ini sampai habis.

“Biasalah sekali sekala lepak mamak dengan kawan-kawan dan minum teh tarik, apa salahnya.”

kepentingan tidur yang cukup

Artikel ini akan menghuraikan cara mencipta rutin hidup supaya menjadi produktif dengan membetulkan waktu tidur anda. Di samping itu, penulis juga akan berikan anda alasan kenapa tidur yang mencukupi adalah sangat penting.

4 Kepentingan Tidur Yang Cukup

1. Tidur Adalah Ubat Otak

Seperti otot badan yang perlukan rehat, otak juga perlukan masa untuk berehat selepas belajar dan bekerja seharian. Hal ini kerana, otak memerlukan waktu tidur sebagai alat menyimpan memori supaya tidak lupa akan apa yang telah dipelajari dan dikerjakan.

Kajiian dari Matthew Walker mendapati, proses memasukkan data dari hippocampus ke cortex ini berlaku saat anda memasuki R.E.M sleep stage.

R.E.M sleep stage adalah fasa di mana anda mengalami mimpi di dalam tidur.

matthew walker
Kredit : Retraction Watch

2. Tidur Meningkatkan Kreativiti

Percaya atau tidak, orang yang tidur secukupnya akan 3X lebih mudah mendapat idea kerana mereka mendapat tidur yang secukupnya dan kemuncaknya apabila mereka tiba di fasa R.E.M sleep stage.

Perkara ini sukar untuk diterjemahkan, tetapi banyak masalah dan jalan penyelesaian kepada satu masalah, telah kita rasai sewaktu tidur.

Untuk experience perkara itu, kita perlu jalani 5 fasa R.E.M sleep stage tersebut tanpa gangguan.

3. Tingkatkan Fokus

Lazimnya, manusia akan memerlukan 16 jam – 19 jam untuk fokus kepada kehidupan seharian mereka. Tidur yang tidak mencukupi hanya mengurangkan fokus kita dalam menyelesaikan masalah seharian dan rutin harian.

Kebolehan membaca buku, menulis atau membuat pekerjaan yang memerlukan daya fokus yang tinggi bermula dengan tidur yang mencukupi pada waktu yang betul (di antara 10PM – 5AM).

4. Emosi Yang Stabil

Pasti ramai yang tahu, antara kepentingan tidur yang cukup adalah supaya emosi kita menjadi stabil tatkala dilanda badai amarah, sedih dan kecewa.

Jika anda tidak dapat tidur yang mencukupi di malam hari, anda cenderung untuk berasa mudah marah, tiada mood dan ingin menjauhkan diri daripada orang lain.

Tidur yang tidak mencukupi akan secara langsung menganggu mood dan emosi anda keesokan harinya. Jangan buang masa dengan skroll smartphone di malam hari dan mengorbankan waktu paling penting dalam kesihatan tidur.

Baca : Pengenalan Dan Maksud Produktiviti Diri

Kesan Tak Cukup Tidur Pada Diri Anda

Berdasarkan kajian dari Sleep Foundation, ada 5 kesan jika anda tidak mendapat tidur yang mencukupi di malam hari.

kepentingan tidur yang cukup

1. Merendahkan Kadar Metabolisma

Kadar metabolisma anda boleh menurun secara drastik dan menjadi sebab kepada simptom penyakit kronik lain yang bermula dengan :

  • Cepat haus
  • Naik berat badan
  • Masalah kesuburan (wanita)
  • Menghidapi penyakit diabetes
  • Kadar testosteron jatuh (lelaki)
  • Lapar bukan pada waktu makan

Apa yang membimbangkan adalah, majoriti lelaki dan wanita berumur 30 tahun ke atas hari ini menghadapi penurunan kadar metabolisma lebih laju berbanding orang yang berumur seperti mereka 50 tahun yang lalu.

2. Kesan Kekal Pada DNA

DNA pada tubuh badan anda akan mencetak DNA kekal yang mengkelaskan anda memiliki tahap stress yang tinggi, masalah kardiovaskular, ketidakstabilan matabolisma dan imun badan yang lemah.

Apa yang menyedihkan adalah, DNA ini akan diturunkan kepada anak-anak anda dan mereka juga berisiko menghadapi masalah kesihatan seperti anda.

3. Risiko Penyakit Kronik

Mulanya, anda akan menghadapi insomnia, satu masalah di mana anda sukar untuk tidur dan akhirnya anda akan menghadapi penyakit darah tinggi (hypertension).

Kemudian, anda berisiko menghidapi penyakit diabetes ekoran gagal menjaga pola pemakanan dan akhirnya menderita alzheimer satu penyakit kehilangan memori dan respon kepada persekitaran.

kepentingan tidur yang cukup
Kredit : Escaping Ordinary

“9 dari 10 rakyat Malaysia menghadapi masalah tidur di malam hari dan insomnia adalah salah satu darinya.” – The Malay Mail.

Walhasil, cara untuk ubah kualiti hidup adalah dengan tidur awal setiap hari dan bangun seawal mungkin, bukan tidur lewat dan bangun seawal mungkin.

Anda perlu elak makan pada waktu malam kerana perut mengambil masa kurang lebih 4 jam untuk menghadam makanan. Jika anda makan lewat, anda akan tidur lewat.

Selain itu, badan perlu mendapatkan haknya dengan tidur pada waktu yang tepat (10PM – 11PM) setiap hari. Kepentingan tidur yang cukup bukan sekadar pada diri sendiri, tetapi juga melibatkan DNA anda dan orang yang anda interaksi setiap hari.

rutin hidup

Similar Posts