Masih Relevankah Menulis Blog? Ada Orang Baca Blog Lagi?
Dunia Search Engine Optimization (SEO) baru-baru ini kecoh dengan pelbagai drama dengan perubahan terbesar SERP ekoran AIO yang telah mendominasi SERP dan membentuk semula cara manusia mendapatkan data & informasi. Anda bukan orang pertama yang mula mempersoalkan adakah relevan lagi menulis blog dengan kehadiran AIO?
Untuk seseorang yang telah berkecimpung dalam dunia SEO sejak tahun 2017 dan menguruskan pelbagai website untuk SEO di warbyasa.com, saya secara peribadi melihat, apa yang berlaku hari ini adalah evolusi AI terbesar dalam sejarah manusia.
Ramai penulis, pemilik bisnes dan content creator mula merasakan yang menulis blog selepas ini adalah kerja yang sia-sia. Ini diburukkan dengan pendedahan SEO influencer dan online marketing influencer yang menunjukkan website mereka tidak mendapat sebarang trafik walaupun rank top 3 untuk keyword tertentu.
“Website saya rank no #1 tapi user tak akan click sebab di atas saya ada AIO (AI Overview) yang menjelaskan segalanya dalam bentuk kesimpulan. Saya hilang trafik walaupun berada di no #1.”
Google I/O Mei 2025
Baru-baru ini, Google secara besar-besaran telah mengadakan acara yang mengumpulkan pemain industri SEO seperti Olga Zarr dan ramai lagi untuk mengumumkan secara inklusif bagaimana AIO berfungsi. Ini bukanlah pengunguman biasa. Tapi, sebagai pemberitahuan yang AI Google selepas Jun 2025 hanya akan memetik jawapan kurang dari 10 artikel dari ribuan artikel yang wujud di Google.
Ini bermakna, jika anda menulis blog untuk Googlebot, artikel anda tidak akan dikeluarkan dalam AIO. Dan jika artikel anda ditulis bukan dengan cara manusia hari ini membaca, maka artikel anda juga akan lenyap.
Akan tetapi, jika anda faham gerak kerja, cara fikir dan alasan di sebalik kenapa Google mengutip artikel anda untuk disenaraikan di AIO, pandangan anda tentang AIO akan berubah.
“Tahukah anda, AI Overview (AIO) telah meningkat sebanyak 116% sejak perubahan algo Google March 2025 termasuk lebih 200 negara di dunia menurut Ahrefs.”Â
Cara Menulis Blog Mesra AIO
Saya kongsikan 6 cara menulis blog yang mesra AIO dengan pecahan do’s & dont’s di bawah.
Do’s :
- Tulis solusi dalam bentuk simple & padat
- Masukkan perspektif, pengalaman dan contoh sebenar
- Tulis seolah-olah anda sedang bercakap di depan seseorang
Dont’s :
- Keyword stuffing di seluruh artikel
- Tulis artikel terlalu panjang demi cukupkan word count
- Copy-paste dari blog lain dan tukar ayat sedikit sahaja
1. Jangan Tulis Artikel Terlalu Panjang
Dulu: Tulis 3,000 patah perkataan, mesti naik.
Sekarang: Kalau ayat anda tak to the point, AI terus skip.
Google sekarang guna AI untuk cari ayat paling tepat, paling logik, dan paling mudah faham, bukan artikel yang paling panjang.
Contoh:
Pembaca nak tahu “cara mula menulis blog”. Kalau anda bagi pengenalan sejarah blog dari tahun 1995 sampai sekarang…maaf, AI terus skip.
Apa Perlu Dibuat?
- Letak point penting di awal, bukan hujung.
- Mulakan artikel anda dengan ayat yang terus jawab soalan.
- Tulis seolah-olah anda explain pada junior baru masuk kerja.
Baca : 5 Cara Mendapatkan Inspirasi Untuk Menulis Beserta Contoh
2. AIO Hanya Petik Artikel Terbaik
AI ada kapasiti & kebolehan mencari artikel terbaik.Â
Kalau blog anda bagi jawapan yang tajam, tepat dan penuh info besar kemungkinan akan dipetik dan dapat kredit dalam AIO Google. Tapi kalau blog anda suam-suam kuku, AI tak pandang pun.
Apa Perlu Dibuat?
- Bina tajuk yang jelas, bukan tajuk pancing kosong.
- Tambah data, pendapat peribadi, dan sumber sahih.
- Guna susunan logik: soalan → jawapan → contoh → solusi.
3. Masukkan Emosi & Suara Dalam Artikel
Blog yang biasa-biasa dah terlalu banyak. Apa yang buat anda beza?
Google dan AI sekarang mampu kesan ayat klise dan isi yang berulang-ulang. Kalau semua blog dalam niche anda cakap benda sama, blog yang ada identiti dan suara sendiri akan naik dulu.
Contoh suara sendiri:
- “Aku pernah lalui benda ni…”
- “Jujur, aku pun pernah buat silap masa mula menulis blog…”
- “Kalau anda baru mula, ini yang aku cadangkan dari pengalaman aku.”
Apa Perlu Dibuat?
- Tulis ikut gaya bahasa anda, bukan gaya textbook.
- Jangan takut letak cerita peribadi (asalkan berkaitan)
- Pastikan setiap artikel ada satu mesej utama yang pembaca boleh ingat.
Baca : 6 Jenis Emosi Dalam Copywriting Untuk Iklan (Infografik)
4. AI Suka Blog Yang Manusia Suka
Engagement manusia = signal kepada AI bahawa blog anda berkualiti
Google tengok berapa lama orang stay di website dan baca blog anda. Kalau pembaca klik, baca satu perenggan dan terus keluar, itu signal buruk dan Google memandang blog anda sebagai blog tidak berkualiti.
Apa Perlu Dibuat?
- Gunakan analogi, kisah, dan bahasa yang relatable.
- Pecahkan perenggan, guna H2 dan bullet supaya senang hadam.
- Tulis pembukaan yang buat pembaca rasa “eh, ni macam cerita aku”.
5. Jadi Sumber Utama Bukan Cuplikan
AI sekarang bukan sekadar cari jawapan dia cari siapa yang patut dipercayai
Kalau anda konsisten menulis dalam niche tertentu, tunjuk kepakaran dan bina kredibiliti penulis, blog anda akan dianggap sumber utama.
Apa Perlu Dibuat?
- Letakkan nama dan latar belakang penulis.
- Update artikel lama supaya sentiasa relevan.
- Link artikel lama yang berkaitan (internal linking)
Baca : 5 Tips Menjadi Penulis Digital Dari Pakar (Proven)
Walhasil, menulis blog sebenarnya masih relevan dan kekal sebagai salah satu strategi tarik trafik ke website tapi bukanlah yang paling efektif seperti dulu. Hentikan gerak kerja menulis blog demi ranking. Sebaliknya, tulislah artikel terbaik berdasarkan pengalaman anda untuk manusia.
Apa yang anda perlu tahu adalah, bukan semua blog akan survive dengan perubahan AIO kerana ramai penulis dan content creator tidak faham logik kenapa LLM kutip satu artikel itu.