MENULIS DIGITAL

Kenapa Menulis Digital?

Ada 4 sebab kenapa anda perlu menguasai penulisan digital seperti copywriting dan artikel. Antaranya:

Jana Wang, Terapi Minda & Membentuk Disiplin

Penulisan yang berkualiti sebenarnya boleh menjana wang tidak kira dalam bentuk penulisan artikel atau penulisan iklan (copywriting).

Ramai yang tidak sedar, aktiviti menulis merupakan salah satu terapi minda paling ampuh. Menulis dipraktikkan oleh orang terdahulu yang bergelut dengan cabaran hidup sejak ribuan tahun dulu.

Seorang penulis juga tahu yang, aktiviti menulis mempunyai formula dan disiplin tersendiri yang perlu dipatuhi. Jika tidak dipatuhi, penulisan mereka sentiasa ‘tak habis’.

‘Tak habis’ adalah metafora untuk tulisan yang separuh masak, tidak kemas dan kurang intinya.

Menulis Itu Mudah

Dalam panduan ini, anda akan menyedari akan beberapa stigma negatif dalam menulis yang dihadapi penulis, dan akan digantikan dengan proses sebenar menulis artikel dan copywriting sekaligus membunuh stigma negatif tersebut. 

Anda juga akan belajar secara detail, cara memasukkan elemen yang selalu ditinggalkan yaqni;  emosi.

Copywriting dengan emosi yang tepat akan memberi kesan langsung kepada pembaca secara dalaman dan memotivasikan mereka untuk mengikut arahan anda. 

Semua Penulis Pernah Jadi Amatur

Antara impian semua pembaca adalah menjadi penulis yang handal dan tulisannya memberi kesan langsung kepada masyarakat. 

Saya juga pernah menjadi seorang penulis amatur, content writer dan copywriter. Saya faham pergelutan untuk menghasilkan tulisan yang baik. 

Dengan disiplin latihan menulis lebih dari 5 tahun dan tunjuk ajar dari mentor, saya akhirnya mampu menulis artikel dan iklan yang mencapai objektif kempen.

Sentiasa Ada Cara Untuk Jadi Lebih Baik

Anda hanya perlu ikut semua ilmu, tips, strategi dalam panduan ini dan laksanakan segala praktik ini dengan segera.

Untuk tiga puluh minit mendatang, anda akan menjadi penulis digital yang lebih baik dalam memuntahkan idea, menyusun proses menulis dan menghasilkan tulisan digital yang lebih spesifik berpandukan 5 bab ini :

Bab 1 : Stigma Dalam Menulis
Bab 2 : Framework Menulis Artikel
Bab 3 : Framework Menulis Copywriting
Bab 4 : Emosi Dalam Copywriting
Bab 5 : Struktur Menulis Headline Yang Efektif

Tentang Plagiarisme

Khusus untuk content writer dan pembina kursus online yang mengambil hasil kerja saya untuk kepentingan peribadi mereka. Sila ambil maklum tentang plagiarisme. Saya menyimpan dokumen Panduan dan Seni saya di GitHub. Anda akan dikesan sekiranya mengambil hasil kerja saya dan menerbitkannya di website anda.

Saya akan berikan pautan untuk anda dapatkan Panduan : Menulis Digital ini dalam bentuk PDF akhir panduan.

Anda boleh print dan tulis nota pada PDF itu nanti dalam proses membantu minda anda menyusun framework, struktur, tips & strategi yang dikongsikan dalam panduan ini. 

Rujuk butang di bawah ini untuk pergi ke pautan pertama yang akan dimulakan dengan Stigma negatif dalam menulis.

Mula : Stigma dalam menulis

Ketahui fakta dan mitos dalam menulis.

mehmed aezhad

Newsletter

Saya baca dan tulis artikel terbaik berkaitan menulis digital setiap bulan. Dalam setahun, saya hanya akan hantar dua email terbaik (nonspammy).

Join newsletter saya untuk dapat email tersebut.