cara mendapatkan inspirasi

5 Cara Mendapatkan Inspirasi Untuk Menulis Beserta Contoh

Seorang penulis seperti anda, lazimnya sukar fokus kerana ada terlalu banyak cetusan idea, notifikasi dan informasi di internet. Cara mendapatkan inspirasi perlu bermula dengan persekitaran dan rutin hidup. Dua faktor signifikan ini penting kerana ianya mempengaruhi pemikiran anda dalam proses menulis.

Inspirasi datang dalam pelbagai bentuk, masa dan situasi. Apa yang anda perlukan adalah sedikit latihan untuk mendapatkan inspirasi.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan proses praktikal yang saya gunakan dalam cara mendapatkan inspirasi untuk menulis.

Baca : Cara Menulis Artikel Dengan Cepat Dalam 1 Jam

Writes Block Dalam Menulis

writers block
Kredit : Medium

Writers block adalah ketiadaan motivasi untuk menghasilkan karya penulisan. Saya secara peribadi berpendapat, writers block adalah alasan yang digunakan orang malas yang tidak fokus dengan persekitaran.

Kali terakhir saya menghadapi writers block adalah pada tahun 2018. Selepas saya ubah 6 perkara ini, saya tidak pernah lagi menghadapi masalah ini :

  • Tempat bekerja – Bersih 100%
  • Jurnal – Tulis lintasan fikiran & hati
  • Suhu tempat bekerja – 20°C – 25°C
  • Teknik Kajian – Mula dengan objektif  & masalah
  • Waktu bekerja – Tetapkan 2 jam untuk selesaikan 1 kerja
  • Notifikasi – Matikan semua notifikasi & uninstall media sosial

Sebenarnya ada banyak cara proven yang dikongsikan di internet yang anda boleh jumpa. Contohnya, perkongsian dari Masterclass ini.

Baca : 5 Tips Menjadi Penulis Digital Dari Pakar (Proven)

5 Cara Mendapatkan Inspirasi Untuk Menulis

co working space, ubud, bali
Kredit : Pinterest

1. Banyakkan Membaca

Benda pertama yang saya lakukan adalah mencari solusi kepada masalah yang saya hadapi menerusi tulisan orang-orang yang pernah hadapi masalah itu dan merujuk solusi dan menilai logik tindakan mereka.

Contoh : Membaca artikel, buku, kertas kajian dan media sosial berkaitan topik, niche dan industri anda.

2. Berjumpa Dengan Penulis

Bak kata pepatah, hanya jauhari mengenal manikam. Dalam konteks seorang penulis digital, saya luangkan masa, tenaga dan wang ringgit satu kali dalam sebulan masa untuk berjumpa dengan penulis lain.

Objektifnya adalah untuk mendapatkan second thought, berkongsi learning curve dan tips praktikal yang tepat dengan saya.

Contoh : Berjumpa penulis di pesta buku, perpustakaan dan kedai buku.

3. Lihat Tingkahlaku Masyarakat

Saya akan pergi ke tempat yang paling saya suka dan selesa untuk memerhatikan gelagat dan gerak geri manusia atau alam. Ada banyak inspirasi yang saya dapat selepas sesi yang lazimnya memakan masa 2 jam – 3 jam ini.

Cotoh : Saya pergi ke taman permainan untuk faham cara seorang bapa bermain dengan anak mereka.

4. Faham Perspektif Peribadi vs Realiti

Ramai penulis muda yang terlalu beremosi menyebabkan mereka menghadapi anchoring bias. Hakikatnya, perspektif awal yang kita percaya kontradik dengan realiti sebenar.

Contoh : Stigma masyarakat, untuk hidup bahagia perlu ada banyak duit. Hakikatnya untuk hidup bahagia, anda perlu ada minda usahawan, badan seorang atlet dan jiwa yang berseni.

5. Buat Benda Yang Kamu Takut

Maksudnya bukanlah buat benda yang berbahaya, tetapi lakukan satu aktiviti yang dah lama kamu ingin lakukan. Cara ini membolehkan saya belajar 10x lebih cepat berbanding menerusi bahan bacaan dan video di media sosial seperti Youtube dan Tiktok.

Contoh : Mula menjual untuk jana wang. Sukar untuk orang yang tiada pengalaman dan asas jualan.

Walhasil, cara mendapatkan inspirasi untuk setiap individu berbeza-beza dan sebenarnya satu inspirasi sudah cukup menjadi motivasi yang sepatutnya menjadi rutin hidup untuk membantu anda menulis.

Baca : 6 Jenis Emosi Dalam Copywriting Untuk Iklan (Infografik)

Inspirasi ada di sekitar kita setiap hari tanpa kita sedari. Adakalanya, kita pelru ubah cara pandang dan cara fikir kita dan berundur sebentar untuk faham perbezaan perspektif peribadi dan realiti.

Pendapat peribadi saya, elaklah kebergantungan terhadap kopi, ganja dan gula dalam cara mendapatkan inspirasi. Hidup ini sangat singkat dan anda bertanggungjawab atas apa yang masuk ke dalam kepala dan perut anda.

menulis digital

Similar Posts