Cara Menulis Artikel Dengan Cepat Dalam 1 Jam
Menulis merupakan salah satu terapi paling ampuh dalam meluahkan emosi dalam jiwa dan informasi dalam kepala yang membelenggu kita. Akan tetapi, tidak ramai yang tahu cara menulis artikel dengan cepat!
Majoriti orang yang menulis artikel, menghadapi masalah untuk tulis secara laju, memahami topik yang ingin ditulis dan menulis dengan framework yang betul dan tersusun.
Tenang, ini semua masalah normal yang dihadapi ramai penulis termasuk saya pada awalnya, sebelum saya menggunakan framework untuk menulis artikel.
Baca : 6 Jenis Emosi Dalam Copywriting Untuk Iklan (Infografik)
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan cara menulis artikel dengan laju dan ciri-ciri artikel yang baik untuk membantu kualiti penulisan artikel anda. Selain itu, anda juga akan diberi penerangan secara kasar tentang cara menulis artikel SEO.
Pastikan anda baca artikel ini sampai habis dan tiruvasi proses research dan proses menulis artikel yang saya gunakan!
Apa itu Artikel?
Artikel adalah penulisan yang mengandungi fakta, data atau pendapat penulis/organisasi yang diterbitkan menerusi media cetak atau media sosial. Sebuah artikel yang bagus mampu mendidik, meyakinkan, mengubah persepsi dan mencapai objektif bisnes.
Artikel yang bagus lazimnya boleh dilihat menerusi beberapa metrik seperti jumlah bacaan, perkongsian, komen dan berapa lama pembaca meluangkan masa membaca artikel itu.
Apa Ciri-Ciri Artikel Yang Baik?
Disebabkan terlalu banyak artikel yang diterbitkan secara online setiap hari, majoriti pembaca menghadapi kesukaran untuk mengawal dan memilih artikel yang baik.
Ini merupakan 5 ciri-ciri artikel yang baik untuk anda baca :
1. Data & Informasi – Penulis berjaya mengumpulkan data & informasi yang terkini & tepat berdasarkan topik
2. Kredibiliti Sumber – Data & informasi yang dikumpulkan bersumberkan dari individu/organisasi berkredibiliti.
3. Struktur Artikel – Penulis mampu menyusun aliran artikel yang sukar menjadi mudah untuk dibaca & difahami.
4. Penggunaan Bahasa – Penulis menggunakan bahasa yang familiar & tidak jargon dalam penulisan artikel.
5. Kreatif Visual – Ada beberapa visual untuk membantu pembaca memahami konteks & konten artikel.
Baca : 5 Cara Mendapatkan Inspirasi Untuk Menulis Beserta Contoh
Apa Objektif Menulis Artikel?
Dalam konteks pemasaran & bisnes, artikel merupakan salah satu alat untuk memberi informasi kepada pelanggan dengan objektif :
- Mengubah persepsi tentang satu isu/topik
- Conversion – Jualan, apps download, leads dsbnya
Cara Menulis Artikel Dengan Cepat
1. Proses Research
- Cari 3 top artikel di Google : tulis lebih baik
- Cari komuniti berkaitan topik : Facebook Group & Reddit
- Jumpa persona yang betul untuk dapatkan data & informasi
- Setkan jenis template artikel yang anda ingin tulis
2. Proses Menulis Artikel
Intro (Pendahuluan)
- straight-forward kepada pembaca
- beri isi konten kepada pembaca
- alasan untuk pembaca kekal membaca
Kandungan
- Beri konteks artikel
- Beri pemahaman tentang topik
- Contoh sebenar pembaca boleh faham
Outro (Penutup)
- Beri pendapat penulis
- Ulang mesej artikel
- CTA – Arahan seterusnya pada pembaca
Nota : Sila buang ayat jargon, novelty yang terlalu panjang selepas selesai menulis artikel. Proses trimming ini boleh dilakukan 10 minit – 1 jam selepas anda selesai menulis artikel.
Cara Menulis Artikel SEO: Panduan Lengkap
Meta Description: Ketahui cara menulis artikel SEO yang efektif dengan panduan ini. Pelajari seni copywriting, pemilihan permalink, format HTML, dan banyak lagi untuk meningkatkan ranking anda di Google.
Menulis artikel SEO bukanlah satu tugas mudah, tetapi dengan panduan yang betul, anda boleh menghasilkan artikel yang bukan sahaja mesra enjin carian tetapi juga menarik pembaca. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk menulis artikel SEO yang berjaya:
1. Title & Meta Description adalah Seni Copywriting
Pemilihan tajuk (title) dan meta description adalah elemen penting dalam SEO. Tajuk yang menarik dan relevan bukan sahaja membantu artikel anda menonjol di halaman hasil enjin carian (SERP) tetapi juga menarik lebih banyak klik.
Meta description pula memberikan gambaran ringkas tentang kandungan artikel dan mesti mengandungi keyword yang tepat. Contoh:
- Title: Cara Menulis Artikel SEO yang Efektif
- Meta Description: Pelajari langkah-langkah menulis artikel SEO yang dapat meningkatkan ranking anda di Google dengan teknik copywriting yang betul.
2. Permalink/URL Perlu Sama atau Tepat dengan Keyword
Pastikan URL atau permalink artikel anda mengandungi keyword yang telah anda pilih. Ini membantu Google memahami topik utama artikel anda dan meningkatkan kebolehlihatan artikel di enjin carian.
Sebagai contoh, jika keyword anda adalah “cara menulis artikel SEO”, URL yang ideal adalah:
www.contohwebsite.com/cara-menulis-artikel-seo
3. Format Penulisan adalah HTML
Menggunakan format HTML adalah penting untuk memastikan artikel anda boleh dibaca dengan baik oleh enjin carian. Gunakan tag heading (H1, H2, H3, dsb.) dengan betul untuk memecahkan kandungan kepada bahagian yang lebih kecil dan jelas. Contoh:
<h1>Cara Menulis Artikel SEO</h1> <p>Artikel ini akan membincangkan cara menulis artikel SEO.</p> <h2>Title dan Meta Description adalah Seni Copywriting</h2> <h3> Apa itu Title Tag? <h3> Apa itu Meta Description? <p>teruskan membaca artikel ini...</p>
4. Masukkan Link yang Relevan
Memasukkan link yang relevan dalam artikel anda membantu meningkatkan kredibiliti dan relevansi artikel. Pastikan link tersebut berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Contoh:
5. Link Artikel itu dengan Artikel Berkaitan
Internal linking atau menghubungkan artikel anda dengan artikel lain di dalam website yang sama dapat membantu enjin carian mengindeks lebih banyak halaman dari website anda. Ini juga meningkatkan masa tinggal (dwell time) pembaca di laman web anda. Contoh:
- Lihat juga artikel kami tentang Panduan SEO untuk Pemula Dalam 30 Hari
- Baca : Panduan SEO Untuk Pemula Dalam 30 Hari
- Artikel berkaitan : Panduan SEO Untuk Pemula Dalam 30 Hari
6. Masukkan Kreatif Aset (Imej/Video) dan Namakan Ikut Keyword
Penggunaan imej dan video yang relevan boleh meningkatkan kualiti artikel dan menarik lebih banyak pembaca. Pastikan aset kreatif ini diberi nama mengikut keyword untuk meningkatkan kebolehlihatan di enjin carian imej. Contoh:
- Nama fail imej: cara-menulis-artikel-seo.jpg
- Nama fail video: cara-menulis-artikel-seo.mp4
7. Teknikal: Pastikan Google Index Page Artikel
Untuk memastikan artikel anda diindeks oleh Google dengan cepat, anda boleh menggunakan plugin seperti Instant Indexing.
Ini adalah langkah teknikal penting yang memastikan artikel anda muncul di hasil carian secepat mungkin. Anda boleh memasang plugin ini dan mengikut arahan untuk menggunakannya dengan betul.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda akan dapat menulis artikel SEO yang bukan sahaja mesra enjin carian tetapi juga menarik dan informatif untuk pembaca. Selamat menulis!
Baca : 5 Tips Menjadi Penulis Digital Dari Pakar (Proven)
Kesimpulan: Cara Menulis Artikel
Menulis artikel SEO yang tepat dan cepat memerlukan latihan bertahun-tahun. Dengan konsistensi dan teknik yang betul, tidak mustahil untuk anda mampu menulis artikel dengan baik.
Jika anda melatih diri dan buat benda yang sama berulang kali selama 1 tahun, adalah mustahil untuk anda gagal. Saya pernah menulis 30 artikel dalam masa 3 minggu, dan ini membuktikan betapa pentingnya disiplin dan pemahaman tentang teknik menulis artikel.
Sila gunapakai segala tips praktikal yang dikongsikan. Dengan teknik ini, anda sudah tahu cara menulis artikel dan menarik pembaca. Teruskan berlatih dan memperbaiki kemahiran anda dalam menulis artikel. Selamat menulis dan semoga berjaya!