CARA UBAH
RUTIN HIDUP

Cara Ubah Rutin Hidup

Pernah tak anda rasa satu perasaan seolah-olah anda penat dengan segala benda di sekeliling anda? Perasaan putus asa walaupun anda dah korbankan segala benda yang tinggal? 

Boleh jadi, itu adalah tanda-tanda anda sedang alami keletihan (burnout) dengan rutin dan keadaan semasa yang anda hadapi. 

Dengan cara mematahkan rutin-rutin yang negatif dengan mengubah disiplin harian, anda mampu berdepan dengan keletihan dan rasa positif dalam hidup, hari demi hari.

“Letih adalah simpton ; stress adalah puncanya. Letih yang datang dari tulang yang penat, jiwa yang penat dan hati yang penat.”

Soalnya, apa yang perlu diubah? 

Ramai orang beranggapan mereka perlu lebih kuat solat daripada sebelumnya. Ada juga andaian yang mengatakan kena ubah diet dalam makanan harian.

Jawapan sebenar = Prinsip dalam hidup.

➊ Guna Aplikasi Produktiviti Adalah Mitos

Untuk info, saya tidak menggunakan sebarang aplikasi produktiviti di smartphone untuk tentukan rutin hidup. 

Saya percaya yang rutin hidup terbentuk daripada latihan melatih diri berpegang pada satu prinsip dengan disiplin ketat sepanjang hayat. 

Adalah lebih baik untuk anda faham sistem kerja mencipta rutin hidup berbanding mencari aplikasi produktiviti terkini daripada Influencer. 

Apa yang perlu diubah adalah cara fikir. Bukan ubah aplikasi produktiviti terkini yang diguna ramai. 

Kebanyakan individu produktif dan ada rutin hidup yang saya kenal, bukan sahaja tidak menggunakan aplikasi produktiviti, bahkan, mereka hadkan penggunaan smartphone dalam hidup mereka.

➋ Prinsip Untuk Ubah Rutin Hidup

Ini adalah lima kompilasi prinsip asas daripada Stoicm untuk ubah rutin hidup :

Mula Dari Hujung – Visual matlamat besar dan tetapkan matlamat kecil.

Kenal Pasti Apa Boleh Dikawal  – Kawal apa di tangan dan laksanakannya.

Buat Sesikit Mungkin – Jelas & capai objektif dengan buat satu kerja sahaja.

Semak Prestasi – Metrik dan sains di sebalik kejayaan & kegagalan matlamat.

Buang Segala Gangguan – Sukarkan akses anda atau tukar rutin buruk.

Jika anda sering diganggu, sila ubah situasi di mana anda sukar untuk diakses. Jika gangguan datang dari dalam diri anda, sila tukar rutin yang buruk kepada rutin yang baik.

✺ Mula dari hujung

Mula dari hujung (inversion thinking) adalah salah satu falsafah klasik dari Stoicm yang digunakan sejak ribuan tahun dulu. Cara ini digunakan oleh golongan cerdik pandai di Athens, Greece sekitar 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Allah – Isä as. 

Cara fikir ini digunakan untuk menyelesaikan masalah dan memerlukan anda berfikir secara terbalik dengan membayangkan :

  • Potensi yang wujud dalam perjalanan menuju satu matlamat 
  • Cabaran yang wujud dalam perjalanan menuju satu matlamat

Ini contoh framework mula dari hujung yang anda boleh cuba :

1. Bayangkan satu matlamat besar dalam hidup
2. Rangka langkah untuk capai matlamat itu
3. Tetapkan matlamat kecil menuju ke matlamat besar
4. Kenal pasti risiko dan cabaran sepanjang langkah itu
5. Rangka strategi untuk berjaya pada setiap matlamat kecil

Setiap langkah kecil menuju ke matlamat anda, akan membawa anda ke sesuatu yang lebih besar.

rutin hidup
Kredit : Medium

✺ Kenal pasti apa boleh dikawal

Anda kena sedar yang anda tak boleh kawal semua benda di dunia ini termasuk perspektif orang lain. 

Jadi, jangan mudah melenting dan merasa sedih dan kecewa jika anda tak boleh kawal dan dapatkan hasil yang anda inginkan. 

Berita baiknya adalah, ada benda yang kita boleh kawal, iaitu diri kita. 

Kita boleh dapatkan sebanyak mungkin detail dan informasi untuk pastikan, proses mana yang kita boleh kawal dan tinggalkan selebihnya. 

Kemudian, laksanakan kerja kita dengan sehabis baik. Tak lebih dan tak kurang.

✺ Buat sesikit mungkin

Kalau anda inginkan ketenangan dalam hidup, buat kerja yang penting dan sesikit mungkin. Sebab, kebanyakan benda yang kita buat sebenarnya, kurang beri impak. 

Golongan yang buat sesikit mungkin kerja akan tergolong menjadi :

  • Lebih tenang 
  • Dapat fokus untuk buat kerja 
  • Jarang diganggu oleh orang lain 
  • Dapat siapkan kerja tepat pada masa

Multitasking adalah satu terma kapitalis yang ingin mengurangkan kos pekerja dengan menggalakkan seorang pekerja melakukan lebih dari 2 tugasan dalam satu masa dan ini tidak sihat. Multitasking adalah punca ramai orang stress tidak pernah rasa nikmat dalam bekerja. 

Kuncinya, anda kena jelas dengan objektif yang ingin dicapai dan buat satu kerja dalam satu masa.

✺ Semak prestasi

Ramai orang tetapkan macam-macam matlamat hidup yang estetik dan indah-indah belaka. Dengan harapan, hidup mereka akan berubah kalau mereka berjaya capai matlamat hidup itu. 

Malangnya, tak semua orang faham logik dan sains kenapa mereka berjaya capai matlamat itu dan kenapa mereka gagal capai matlamat itu. 

Solusinya, letak metrik (atau kayu ukur) dalam setiap matlamat hidup yang anda ingin capai. 

Jangan terkejut, anda akan lebih kenal dengan kelebihan dan kelemahan diri kelak. 

Mengenal kelebihan diri dan kelemahan diri adalah fasa pertama untuk berdamai dengan diri sendiri. Bekerja keras mengejar apa sahaja matlamat selagi anda masih bernyawa.

✺ Buang segala gangguan

Macam yang kita ketahui lebih awal, gangguan dalam rutin hidup ada dua jenis yakni: 

Gangguan dalaman Lapar, penat, khayal, risau dan miang

Gangguan luaran Interaksi visual, interaksi sosial (orang) dan smartphone

Kalau gangguan anda kerap terima berpunca dari gangguan luaran, letakkan had supaya anda sukar akses kepada gangguan itu. 

Dan jika anda sering diganggu dengan gangguan dalaman, tukar rutin buruk yang menjadi habit anda. Cuma anda sahaja yang tahu apakah tabiat itu.

Baca : Sistem kerja untuk rutin hidup

6 gerak kerja praktikal untuk menjadi 10X produktif.

mehmed aezhad

Newsletter

Saya baca dan tulis artikel terbaik berkaitan rutin hidup setiap bulan. Dalam setahun, saya hanya akan hantar dua email terbaik (nonspammy).

Join newsletter saya untuk dapat email tersebut.