Aezhad.com → Intro → Asas → Siapa
Tanpa prejudis, semua orang perlukan rutin hidup, tidak kira sosial status dan kelas.
Untuk lebih spesifik, golongan yang memerlukan rutin hidup adalah ; orang yang ada masalah fokus, orang yang tiada sistem kerja dan orang yang mahu tingkatkan prestasi diri.
Sebagai orang Islam, kita memang diwajibkan mengikuti rutin berlandaskan Islam. Rutin seorang Islam semenjak ratusan tahun dulu telah menjadi contoh dan anutan ramai ilmuwan non-Muslim.
Persoalannya, siapa yang benar-benar perlukan rutin hidup? Ini 4 golongan yang memerlukan rutin hidup lebih daripada orang lain :
Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Bercakap tentang rutin hidup, proses mencipta rutin hidup sebenarnya sukar, memenatkan dan tidak seronok.
Lazimnya, proses ini mengambil masa 21 hari minimum untuk orang dewasa. Manakala, kanak-kanak pula hanya memerlukan 5 hari – 7 hari sahaja.
Hadiah terbaik ibu bapa boleh berikan pada anak mereka adalah masa yang diluangkan bersama. Kelak, ia akan menjadi rutin hidup dan struktur harian mereka.
Tanpa struktur harian dan rutin hidup yang konstruktif, mustahil seseorang dapat capai apa sahaja misi/objektif.
Untuk mencapai apa sahaja misi/objektif, apa yang penting adalah proses untuk mencapainya.
Fokus pada partikel kecil dalam proses itu supaya tiada kesilapan kecil yang akan menggagalkan misi/objektif.
Berdasarkan rekod, ramai pesakit mental berjaya pulih daripada penyakit mental mereka dengan mengubah gaya hidup dan mengguna pakai struktur hidup harian yang lebih positif.
Umumnya, kesihatan mental memang kompleks dan memerlukan perubahan dari setiap spektrum. Ada rawatan berasaskan sesi tetapi, ubat-ubatan, pembedahan bahkan juga rutin hidup.
Tapi, mengubah rutin hidup itu merupakan salah satu pintu keluar terbesar untuk orang mereka yang ada masalah kesihatan mental.
Dalam buku The Power of Habit oleh Charles Duhigg, dia telah memperkenalkan konsep The Habit Loop. Satu gerak kerja yang mudah untuk mencipta rutin hidup.
Cara untuk cipta rutin hidup dan jadi produktif adalah :
1. Isyarat (brain trigger)
2. Motivasi (apa yang anda mahu)
3. Rutin (cara untuk capai apa anda mahu)
4. Disiplin (sistem kerja untuk pastikan objektif tercapai)
Ini rutin hidup yang saya ubah sewaktu PKP pada tahun 2021.
Waktu PKP adalah fasa yang cukup gelap dan beremosi bukan sahaja untuk saya tapi juga hampir seluruh manusia dunia.
Jadi saya tetapkan 6 aktiviti di bawah sebagai rutin menggunakan konsep The Habit Loop di atas yang pada mulanya sukar dan akhirnya menjadi rutin saya:
1. Rancang (Mula selepas Maghrib sehari sebelum)
2. Bangun Awal (Bangun sekitar 6:00AM – 6:45AM)
3. Ibadah (Paksa diri solat awal waktu & buat amalan sunnah)
4. Riadah (Berjalan 10 minit & jogging 30 minit atau 3KM per sesi)
5. Bekerja (Hanya bekerja pada waktu fokus tertinggi 10AM – 3PM)
6. Membaca (Baca buku fiksi untuk imaginasi & non-fiksi untuk ilmu)
Saya baca dan tulis artikel terbaik berkaitan rutin hidup setiap bulan. Dalam setahun, saya hanya akan hantar dua email terbaik (non–spammy).
Join newsletter saya untuk dapat email tersebut.