RUTIN HIDUP

Kenapa Rutin Hidup?

Majoriti manusia menghadapi masalah dalam mengurus rutin hidup mereka. Mencipta rutin sebenarnya mencabar dan cabaran itu juga subjektif untuk setiap orang. 

Perubahan rutin hidup sebenarnya bermula dengan mengubah cara fikir. Berubahnya cara fikir, secara perlahan-lahan akan mengubah corak hidup supaya menjadi lebih produktif dalam urusan seharian. 

Panduan ini akan bantu anda faham asas produktiviti, cara menjadi produktif dan sistem kerja yang berkesan setiap hari. 

Ini apa anda akan belajar dalam panduan ini :

  • Asas Rutin Hidup : Faham konteks sebenar rutin hidup
  • Cara Ubah Rutin Hidup : Step-by-step menjadi produktif dalam 5 langkah 
  • Tiang Utama Rutin Hidup : Pecahan produktiviti dalam kehidupan seharian 
  • Sistem Kerja Dalam Hidup : Kompilasi cara anda boleh guna untuk jadi produktif

Proses Mengubah Rutin Hidup

Ini proses yang anda perlu ikut untuk menjadi produktif :

Langkah 1 : Kurangkan objektif

Salurkan tenaga, masa dan wang untuk selesaikan satu objektif berbanding cuba selesaikan 10 objektif dalam satu masa.

Langkah 2 : Susun strategi gerak kerja

Untuk mencapai objektif yang anda tetapkan, caranya adalah dengan mengutamakan apa yang penting. Buang segala gangguan seperti online meeting, berbasa basi dan sosial media.

Langkah 3 : Fokus pada deep time

Gunakan taktik ini dengan fokus kepada waktu yang paling produktif (deep time) sahaja. 2 jam yang produktif lebih baik daripada 2 hari yang tidak produktif.

Langkah 4 : Agihkan tugas

Beri tugasan kepada orang yang tepat dan percaya pada proses. Kita bukan adiwira (baca : Superman) yang boleh selesaikan semua perkara dalam satu masa. 

Langkah 5 : Post mortem

Memahami logik kenapa anda gagal lebih penting daripada kegagalan itu sendiri. Ramai yang menghukum berbanding memahami. 

Tentang Plagiarisme

Khusus untuk content writer dan pembina kursus online yang mengambil hasil kerja saya untuk kepentingan peribadi mereka. Sila ambil maklum tentang plagiarisme. Saya menyimpan dokumen Panduan dan Seni saya di GitHub. Anda akan dikesan sekiranya mengambil hasil kerja saya dan menerbitkannya di website anda.

Saya akan berikan pautan untuk anda dapatkan Panduan : Rutin Hidup ini dalam bentuk PDF akhir panduan.

Anda boleh print dan tulis nota pada PDF itu nanti dalam proses membantu minda anda menyusun framework, struktur, tips & strategi yang dikongsikan dalam panduan ini. 

Rujuk butang di bawah ini untuk pergi ke pautan pertama yang akan dimulakan dengan Asas rutin hidup.

Mula : Asas rutin hidup

Ketahui fakta dan rahsia rutin hidup yang produktif.

mehmed aezhad

Newsletter

Saya baca dan tulis artikel terbaik berkaitan rutin hidup setiap bulan. Dalam setahun, saya hanya akan hantar dua email terbaik (nonspammy).

Join newsletter saya untuk dapat email tersebut.