Fasa ini akan mendedahkan secara logik dan penjelasan terperinci di sebalik sebuah rutin hidup yang produktif.
Orang yang produktif lazimnya mempunyai disiplin yang ketat. Namun, mereka tiada masalah untuk melaksanakannya kerana ia sudah menjadi rutin hidup.
Semuanya bermula dengan kesedaran dan perubahan kecil yang dilakukan. Lama-kelamaan, tanpa dirancang menjadi kelaziman.
Kemudian, ini akan membentuk disiplin yang berterusan sehinggalah ia menjadi rutin hidup. Akhir sekali ia membentuk identiti dan personaliti seseorang.
“Kita adalah apa yang kita lakukan berulang kali.” – Aristotle
James Clear dalam buku Atomic Habits ada berkongsi – ‘sasaran’ bagus untuk menetapkan halatuju, tapi sistemlah yang akan menggerakkan seseorang itu menuju ke ‘sasaran’.
Orang biasa akan menyusun strategi dalam usaha mencapai RM 1 juta seumur hidup mereka. Berbeza dengan orang yang luar biasa, mereka cipta sistem supaya mereka boleh capai RM 1 juta berkali-kali.
Rutin hidup adalah ritual yang kita lakukan secara sedar yang mempengaruhi perjalanan hidup kita.
Kalau tak berhati-hati dengan rutin tersebut, boleh jadi ia akan beri impak buruk dalam hidup.
Dalam bahasa orang pandai, rutin adalah turutan aktiviti yang dilakukan berulang kali. Memberus gigi sebelum tidur dan mengemas katil selepas tidur adalah contoh sesebuah rutin.
Bangun seawal 6.00AM setiap hari untuk beriadah juga salah satu contoh rutin yang baik.
Sains di sebalik mencipta rutin produktiviti yang efektif – wujudkan satu budaya pengurusan masa & diri tanpa merasakannya sebagai kerja!
Mencipta struktur harian dapat membantu anda untuk kawal apa yang anda boleh kawal. Dan ia akan memberi impak pada fokus dan produktiviti anda.
Objektif dalam rutin hidup ada dua iaitu :
Semua orang tak kira jantina, warna kulit, bangsa, agama dan geografi ada harapan dan impian hidup masing-masing yang ingin dicapai.
Dengan rutin hidup yang betul, anda akan capai impian anda dengan 3 adanya perkara ini :
Untuk capai objektif hidup, anda perlu ada sistem kerja harian, mingguan, bulanan dan tahunan.
Proses untuk cipta sistem kerja bermula dengan ; isyarat dari diri, motivasi, rutin, budaya dan akhirnya disiplin.
Majoriti orang yang berjaya dalam bidang mereka tentu ada sistem kerja yang konstruktif untuk berjaya berulang kali.
Contohnya : Seorang usahawan mempunyai sistem kerja untuk capai RM100,000 berulang kali. Berbeza dengan orang biasa yang menjadikan RM100,000 sebagai objektif hidup.
Semenjak smartphone dan aplikasi menjadi trend penggunaan dunia sejak 2010, masyarakat moden semakin sukar untuk mencapai tahap fokus yang tinggi ketika melakukan sesuatu.
Kajian dan statistik dari Supportive Care ABA pada tahun 2023 menunjukkan, purata rentang perhatian (attention span) orang dewasa adalah 30 minit – 50 minit sahaja.
Logiknya, semakin tinggi fokus dan masa anda luangkan untuk satu pekerjaan, semakin cepat anda capai objektif hidup.
Hampir semua atlet yang berprestasi tinggi di peringkat dunia mempunyai rutin ketat. Rutin hidup mereka itu bukanlah ditetapkan semasa berada dalam kem latihan. Ia telah ditetapkan semenjak mereka berusia awal 20-an dan ada juga seawal belasan tahun!
Untuk capai prestasi diri yang paling tinggi dalam setiap perlawanan, seorang atlet perlu pastikan mereka :
Jika salah satu rutin di atas gagal dilakukan, atlet itu berisiko untuk gagal mencapai prestasi tertinggi dalam perlawanan penting mereka.
Kita semua buat benda negatif kan? Pada masa sama kita berusaha sedaya mungkin merahsiakan supaya orang tak tahu.
Soalnya, sampai bila? Anda boleh elak buat benda negatif setiap hari dengan jadikan rutin hidup di bawah :
Kenal pasti punca anda diganggu dan terganggu setiap hari. Adakah gara-gara orang di sekitar anda, sosial media atau diri sendiri?
Letakkan limitasi dengan cara sukarkan akses kepada gangguan yang anda hadapi.
Contoh : Uninstall semua aplikasi sosial media di smartphone. Hanya aksesnya di komputer/laptop tidak lebih 10 minit setiap hari.
Logik orang yang sedang stress, mereka akan buat aktiviti untuk hilangkan stress. Isunya, adakah aktiviti yang dibuat itu benar-benar menghilangkan stress?
“Orang yang tiada rutin atau struktur harian, ia hanya menyebabkan mereka lebih cepat tertekan, sukar untuk fokus dan alami masalah emosi melampau.” – Rachel Goldman
Mustahil untuk anda fokus buat apa-apa tugasan ketika stress. Adanya rutin hidup, akan bantu anda fokus pada tugasan yang lebih penting.
Untuk kawal stress, anda perlu tahu bila masa untuk berehat, jika tidak anda anda akan burnout.
Belajar berehat sebelum anda stress. Bukan berehat sewaktu anda sudah burnout. Berehat bukanlah berhenti. Tetapi memberi peluang dan ruang untuk anda menjadi manusia.
Caranya, buatlah aktiviti yang meningkatkan endorfin dan serotonin seperti :
Endorfin
1. Ketawa
2. Beriadah
3. Makan coklat
4. Bau aroma terapi
Serotonin
1. Solat
2. Berlari
3. Berjemur
4. Masuk hutan
Elak jadi orang yang bodoh dan sombong dengan diri sendiri. Orang yang tak ada rutin hidup lazimnya :
1. Cepat reaktif dengan perubahan drastik
2. Tak boleh fokus lama untuk buat satu tugasan
3. Tak ada sistem kerja dan guna konsep langgar dulu
4. Sentiasa tewas dengan emosi dan perlukan healing yang lama
Saya baca dan tulis artikel terbaik berkaitan rutin hidup setiap bulan. Dalam setahun, saya hanya akan hantar dua email terbaik (non–spammy).
Join newsletter saya untuk dapat email tersebut.