Aezhad.com → Intro → Asas → Siapa → Tiang → Cara → Sistem → Kesimpulan
Dalam proses mengubah rutin hidup untuk capai produktiviti tertinggi, anda perlu faham yang :
1. Hidup Boleh Diubah
2. Hidup Adalah Tentang Perspektif
3. Prinsip & Cara Fikir Adalah Kunci
4. Disiplin Adalah Tanda Kebijaksanaan
Hidup sebenarnya terlalu pendek dan mencemaskan buat mereka yang melupakan masa silam, mengabaikan masa kini dan takutkan masa depan.
Kegembiraan sebenar terletak pada kejayaan menikmati masa kini tanpa berasa cemas dengan masa depan.
Penyataan ini bukan untuk memberi harapan dan menghilangkan ketakutan. Tapi supaya anda berasa cukup dan yakin yang hidup boleh diubah jika anda pilih untuk ubah dan bertindak.
Benda yang berdiri dan menjadi penghalang kepada apa yang anda inginkan dalam hidup adalah cerita yang anda beritahu pada diri anda.
Hidup yang baik adalah subjektif untuk setiap orang. Sebab semua orang mempunyai latar belakang, geografi, status sosial, pendidikan, pendapatan, gaya hidup dan matlamat hidup yang berbeza.
Dan perspektif kehidupan anda datang dari sangkar yang anda duduk selama ini.
Perubahan besar dalam hidup bermula dengan isyarat diri yang menjadi motivasi, rutin hidup dan budaya.
Cara fikir yang betul akan menentukan cara anda menerima isyarat diri atau lintasan-lintasan hati.
Kalau anda perlukan saksi untuk mengesahkan diri anda, jadilah saksi itu.
Disiplin adalah memperingati apa yang anda inginkan dalam hidup.
Disiplin adalah seni berat yang menipu fikiran dan diri supaya terus bekerja untuk capai matlamat hidup yang sebenar.
Disiplin bermula apabila anda boleh kawal pemikiran sendiri dan kebolehan untuk buat diri anda tetap melakukan satu benda yang anda tak suka demi mencapai benda yang anda tak pernah dapat.
Panduan rutin hidup dari saya tamat di sini dan sila nikmati kata hikmah di bawah.
“Kejayaan anda, ada pada rutin hidup anda.” – Paula White
“Motivasi buat anda mula sesuatu. Tabiat buat anda teruskannya.” – Jom Ryun
“Setiap tindakan yang anda ambil, melambangkan siapa anda ingin jadi.” – James Clear
Anda boleh download Panduan : Rutin Hidup ini secara percuma di sini.
Saya baca dan tulis artikel terbaik berkaitan rutin hidup setiap bulan. Dalam setahun, saya hanya akan hantar dua email terbaik (non–spammy).
Join newsletter saya untuk dapat email tersebut.