TIANG UTAMA
RUTIN HIDUP

Tiang Utama Rutin Hidup

Mencipta rutin hidup dalam bahasa mudah adalah seni mengurus diri sendiri. Sebenarnya rutin hampir mustahil dibentuk kalau anda tak tahu apa yang perlu diuruskan. 

Memandangkan kita semua menghabiskan banyak kerja untuk bekerja, ada logiknya jika anda laburkan masa untuk efisienkan proses kerja seharian. 

Malangnya, menjadi seorang yang produktif bukanlah sifat semulajadi semua. Bahkan, menjadi produktif merupakan satu skil yang perlu dilatih supaya menjadi sempurna. 

Seperti skil lain, ada teknik dan alat yang boleh bantu anda mencapai kesempurnaan itu. 

Disebabkan itulah, anda diperkenalkan dengan framework ini. Anda akan kenal pasti tiang utama dalam rutin hidup supaya anda dapat tingkatkan produktiviti. 

Namun begitu, perkara mustahil tadi sebenarnya boleh dilakukan jika anda gunakan MFTP framework.

Framework ini satu permulaan yang bagus untuk anda capai tahap optimum produktiviti. Baca dan fahami kerangka kerja ini dan gunakannya untuk tingkatkan produktiviti anda. 

Elemen dalam MFTP framework ini adalah :

M : Masa
F : Fokus
T : Tenaga
P : Pengetahuan

❶ Masa

Skil paling penting untuk menjadi produktif adalah skil mengurus masa. Jika anda gagal urus masa dengan baik, anda akan lebih beremosi dan buntu dengan senarai kerja yang perlu diselesaikan setiap hari. 

Masa merupakan komoditi paling terhad dan mesti digunakan dengan cermat dan bijaksana. 

Satu benda yang menyedihkan tentang masa adalah, tiada orang yang tahu berapa banyak masa yang dia masih ada. 

Ramai orang secara tidak sengaja membuang banyak masa kerana mereka terlalu mudah bersetuju dengan ajakan orang lain. 

Jangan buang masa pada orang yang salah dan pada waktu yang salah.

“Masa adalah apa yang kita paling perlukan, tapi paling teruk bila kita gunakan” – William Penn

Jadi, untuk naikkan produktiviti, uruslah masa dengan baik. Cara efektif ialah :

1. Guna sistem kerja untuk produktiviti.
2. Luang minimum 30 minit setiap hari untuk rehat.
3. Tetapkan matlamat harian, mingguan dan bulanan.
4. Buat senarai apa yang perlu diselesaikan vs utama.

➋ Fokus

Sungguhpun anda mempunyai tenaga dan masa, anda tidak akan menjadi produktif jika fokus anda terganggu. 

Fokus, adalah tiang kedua untuk menjadi produktif. Ia kebolehan untuk menumpukan sepenuh perhatian dan masa tanpa menjadi mangsa gangguan luaran dan dalaman. 

“Gangguan luaran adalah interaksi visual (gambar/video), interaksi sosial dan smartphone. Gangguan dalaman adalah lapar, penat, khayal, risau dan miang.”

Kajian dari Universiti California menunjukkan, anda perlukan purata 23 minit 15 saat untuk kembali fokus menjadi produktif setelah mengalami gangguan. 

Antara contoh gangguan yang sering kita hadapi adalah : 

1. Datang lambat
2. Ad-hoc meeting
3. Suhu tempat kerja
4. Kondisi meja kerja
5. Kerenah rakan sekerja
6. Diet pemakanan (sakit perut)
7. Menyiapkan kerja secara multitask
8. Gangguan sosial media & notifikasi

Cara untuk urus fokus dengan efektif ialah :

1. Elakkan multitasking.
2. Ubah persekitaran tempat bekerja.
3. Latih tahap kesedaran menjadi lebih lama.
4. Tukar ke mod senyap dan silent notifikasi smartphone/laptop.

✺ Kenapa elak menjadi multi-tasker?

Multi-tasking hanya menyebabkan fokus anda terganggu. Ia hanya mengurangkan kemampuan anda untuk mengurus masa dan akhirnya anda jadi stress. 

Cara terbaik untuk mengetahui cara anda deep work adalah dengan membaca artikel ini.

Yang paling baik, buat satu kerja pada satu masa sehingga selesai.

✺ Kenapa kena latih tahap kesedaran?

Apabila anda berada pada tahap kesedaran tertinggi, anda boleh kawal segala yang ada di tangan.

Ramai kerap mengelamun dan berkhayal sewaktu bekerja. Mereka tak sedar mereka buat kesilapan bodoh. Pastinya anda tidak mahu jadi mereka.

✺ Kenapa kena ubah persekitaran bekerja ?

Ramai orang tak sedar yang persekitaran bekerja memerlukan suasana yang bersih, senyap, tenang dengan suhu yang betul (18°c – 25°c).

Terlalu panas akan menyebabkan anda cepat letih. Terlalu sejuk menyebabkan anda mengantuk. 

Kerusi dan meja yang anda gunakan juga memainkan peranan besar jika anda bekerja berhadapan dengan skrin monitor. 

Bilik yang berbau busuk, hapak dan berhabuk hanya memburukkan lagi keadaan. Pastikan persekitaran tempat bekerja anda bebas dari sampah, habuk, debu dan air kotor.

✺ Kenapa kena silent notification?

Kita kena akui yang 90% perasaan ingin semak smartphone/laptop adalah kerana kita risau terlepas notifikasi dari sosial media dan aplikasi lain. 

Hakikatnya, semua notifikasi itu tidak berguna dan tiada nilai tambah. Kita semua tahu berapa jam kita pernah bazirkan secara sia-sia di sosial media, yang pada mulanya hadir dengan niat untuk lihat satu video sahaja.

➌ Tenaga

Menjadi produktif memerlukan anda mempunyai tenaga yang cukup untuk berfikir, berdiskusi dan bekerja. Ini bermaksud, anda perlukan tidur yang cukup, makan bernutrien dan beriadah. 

Anda mungkin sedar di satu ketika, anda gagal berikan kapasiti maksimum pada kerja kerana anda kurang bertenaga pada hari itu. 

Logiknya, semakin banyak tenaga yang anda ada, semakin sedikit masa diperlukan untuk selesaikan tugas dengan hasil yang baik. 

Dalam konteks urus masa untuk produktiviti, mula dengan kenal pasti :

  • Apa yang boost tenaga anda. 
  • Apa yang drain tenaga anda.

Cara untuk urus tenaga dengan efektif adalah :

1. Riadah – Naikkan tenaga dan stamina.
2. Tidur – Tidur awal untuk bangun awal setiap hari.
3. Motivasi – Alat untuk kekal produktif tanpa gangguan.
4. Makan – Makanan tinggi nutrisi untuk capai tenaga maksimum.

Nota : Bersukan sebenarnya merupakan salah satu cara paling efektif untuk salurkan stres anda dan berkesan untuk meningkatkan mood.

➍ Pengetahuan

Skil pengurusan masa dan menjadi produktif memerlukan anda memperoleh maklumat yang betul. 

Anda akan hadapi kesukaran menyelesaikan tugasan jika anda tak tahu cara selesaikannya. Paling teruk, jika anda dapat maklumat yang salah. 

Akses kepada informasi dan maklumat yang betul penting supaya anda boleh bekerja dengan lebih cepat yang hasilnya. Ia penting untuk meningkatkan produktiviti anda dalam bekerja.

News & content sosial media adalah pencemaran terbesar abad ini. Jurnalis & content creator bekerja keras untuk mereka kekal relevan & kita consume content mereka.

Kombinasi seni, kejuruteraan & psikologi ini perlu diperangi.

Ramai orang yang ingin belajar digital marketing. Namun mereka membuat silap dengan belajar menerusi konten digital marketing consultant di Instagram dan Tiktok. 

Cara yang lebih efektif dan efisien untuk belajar digital marketing adalah dengan mendaftarkan diri ke kursus digital marketing dari Google, Hubspot, Coursera, Skillshare dan Udemy. (Ada yang percuma, bahkan memberi anda sijil yang sah).

Dalam memahami konteks makro yang lebih kompleks, ramai orang memilih untuk membaca berita dari portal media setiap hari. Tidak sedikit yang membuat kesimpulan tentang satu isu, berdasarkan rumusan dari influencer di sosial media.

Hakikatnya, untuk faham isu yang lebih kompleks, mereka perlu luangkan banyak masa membaca laporan tahunan daripada pihak yang ada autoriti dan kredibiliti dalam satu bidang. 

Apa yang anda baca dan lihat di sosial media hanyalah perspektif (pandangan) semata-mata. Bukan fakta.

Baca : Cara ubah rutin hidup

Gerak kerja mencipta anda versi terbaik.

mehmed aezhad

Newsletter

Saya baca dan tulis artikel terbaik berkaitan rutin hidup setiap bulan. Dalam setahun, saya hanya akan hantar dua email terbaik (nonspammy).

Join newsletter saya untuk dapat email tersebut.