Aezhad.com → Intro → Stigma → Artikel → Copywriting → Emosi  → Headline

HEADLINE YANG EFEKTIF

Headline Yang Efektif

Dengan struktur headline yang betul, anda dapat pendekkan masa menulis headline. Struktur yang saya kongsikan ini telah diuji dan terbukti mencapai objektif copywriting & artikel.

Caranya, guna pakai salah satu atau semua 10 tips yang dikongsikan dalam bab ini. Jadikannya sebagai proses dan disiplin dalam proses menulis copywriting & artikel. Akan tetapi, anda perlu bereksperimen dengan semua jenis headline bergantung kepada kategori, niche dan industri anda.

Selain daripada berfikir untuk menghasilkan tajuk atau headline yang unik, anda boleh gunakan salah satu dari 10 struktur ini :

1. Tambah (bracket) pada tajuk
2. Masukkan keyword penting pada tajuk
3. Masukkan emosi yang dialami audiens
4. Masukkan senarai (nombor) pada tajuk
5. Gunakan bahasa yang digunakan harian
6. Masukkan tahun pada tajuk seperti 2024
7. Beri solusi yang diinginkan pembaca pada tajuk
8. Masukkan tajuk mengikut musim (Promo Aidilfitri)
9. Cipta tajuk untuk manusia bukan robot (mudah dibaca)
10. Gunakan ayat positif seperti ; terkini, terbaik, kemas kini

Ini contoh 10 headline yang menggunakan 10 tips di atas :  

  • Cara Jual Rumah Kos Rendah (Terkini 2022) 
  • 5 Barang Dropship Paling Laku Di Malaysia (Edisi 2022) 
  • Bulan 12 Waktu Terbaik Untuk Window Shopping Rumah? 
  • Nak Turun 5KG Sebelum Hari Raya Aidilfitri? Ikut 10 Tips Ini 
  • 11 Cara Untuk Jimat Bil Elektrik Rumah Anda (Proven Teknik)
  • Apa Saya Belajar Selepas Baca 1 Juta Headline Sepanjang 2023
  • 7 Sebab WhatsApp Anda Tak Boleh Buka Tiba-Tiba! (Kemas Kini)
  • Harga Hartanah Di 24 Kawasan Ini Akan Melonjak Menjelang 2021
  • (Promo Aidilfitri) 5 Brand Baju Raya Plus Size (3XL) Bawah RM200
  • Komersial vs Kediaman? Hartanah Mana Lebih Ideal Untuk Pelaburan?

Kesemua tajuk artikel di atas adalah tajuk artikel sebenar yang telah saya gunakan sepanjang menulis artikel sejak tahun 2019 – 2023 dan terbukti efektif dari sudut Click-To-Rate (CTR).

Baca : Kesimpulan

Rangkuman kolektif dari panduan menulis digital.

mehmed aezhad

Newsletter

Saya baca dan tulis artikel terbaik berkaitan menulis digital setiap bulan. Dalam setahun, saya hanya akan hantar dua email terbaik (nonspammy).

Join newsletter saya untuk dapat email tersebut.