Warning: opendir(/home/aezhadco/public_html/wp-content/mu-plugins): failed to open dir: Permission denied in /home/aezhadco/public_html/wp-includes/load.php on line 981 Framework Menulis Copywriting dari Mehmed Aezhad
Adakah anda seorang content writer, copywriter, performance marketer atau online seller yang ada masalah dalam menulis copywriting?
Mereka yang tak ada framework dalam menulis copywriting akan hadapi masalah ini kerana tidak tahu ‘what works & what doesn’t’.
Framework dalam menulis copywriting penting sebagai sistem kerja supaya proses kerja menulis copywriting menjadi laju.
Secara peribadi, selepas saya guna pakai framework ini, saya boleh tulis 25 copywriting dalam masa 60 minit untuk produk yang berbeza.
Caranya? Guna framework terbaik menulis copywriting. Ini dikongsikan oleh Ray Edwards seorang communication strategist, copywriter, penulis buku “Write Copy That Sales“ dan pengasas The Copywriting Academy.
Menurut beliau, skill copywriting adalah sinergi di antara pemahaman tentang psikologi audiens dan juga eksperimen yang dilakukan berulang kali.
Tak ada copywriting yang convert selamanya kerana manusia berevolusi. Begitu juga masalah mereka. Akan tetapi, sungguhpun masalah semakin kompleks, tingkah laku manusia tetap sama (predictable).
Tawan audiens dengan cara menawan emosi atau masalah sebenar mereka. Kemudian, tawarkan perubahan hidup berdasarkan faedah dan fungsi produk/servis anda.
Framework : PASTOR
PASTOR adalah framework copywriting yang saya gunakan sejak tahun 2020 dan kekal menjadi salah satu framework copywriting terbaik di dunia.
Untuk info, PASTOR adalah akronim kepada :
Problem – Masalah dihadapi audiens
Amplify – Kenapa masalah itu penting
Solution – Cara selesaikan masalah
Transformation – Perubahan hidup
Offer – Tawaran pada produk / servis
React / Response – Arahan pada audiens
➊ Problem
Mula dengan kenal pasti masalah sebenar yang dihadapi audiens. Masalah ini anda cuba sampaikan penyelesaiannya dalam artikel.
Gunakan bahasa dan istilah yang familiar digunakan audiens dalam pernyataan masalah.
Sertai perbualan yang berlaku dalam minda audiens anda.
➋ Amplify
Ini fasa pertama dalam menjual dengan menekankan keburukan, kesan dan kos tersembunyi jika audiens mengabaikan masalah yang mereka hadapi.
Memotivasikan audiens untuk elak hadapi keburukan daripada masalah yang sedang mereka hadapi lebih mudah berbanding menjual faedah produk/servis.
Fasa amplify merupakan jambatan di antara masalah dan solusi.
➌ Solution
Tunjuk bagaimana anda ingin selesaikan masalah yang dihadapi audiens.
Guna konsep storytelling dengan pengalaman sebenar dengan objektif meningkatkan minat dan interaksi audiens.
Dalam fasa ini, konteks dan perspektif solusi perlu diberi perhatian kerana rata-rata audiens akan mula buat keputusan pada fasa ini.
Jika solusi yang ditawarkan tepat dengan masalah mereka, mereka akan teruskan pembacaan untuk mengetahui cara untuk dapatkan solusi berkenaan
➍ Transformation
Apa sahaja yang anda cuba jual adalah transformasi atau perubahan hidup.
Majoriti audiens tak berminat dengan produk/servis yang anda ceritakan. Mereka berminat dengan hasil dan faedahnya.
Cara terbaik untuk tunjuk perubahan hidup adalah dengan memasukkan testimoni/kajian kes/ rujukan. Ini menjadi bukti kukuh supaya 3 persoalan di bawah terjawab :
Produk/servis ini boleh janjikan solusi?
Adakah semua pelanggan mereka dapat faedah yang sama?
Adakah ini satu-satunya brand yang boleh selesaikan masalah aku?
Transformasi adalah seni menggunakan informasi sosial sebagai ‘social proof‘.
➎ Offer
Tawaran yang dibuat mestilah bersifat ‘win-win’ untuk anda dan audiens. Buat tawaran yang realistik, jangan terlalu menjual.
Elak buat tawaran yang tidak benar dan gunakan 2 elemen ini :
Urgency – Motivasikan audiens untuk beli produk/servis secepat mungkin
Scarcity – Tunjuk barang/tawaran adalah terhad
➏ React/Respond
Selepas baca semua copywriting anda, audiens biasanya tanpa sedar mengikuti arahan selanjutnya untuk dapat faedah dan perubahan hidup dari produk/servis anda.
Jangan malu untuk menjual di fasa ini. Audiens yang tepat akan tersinggung jika anda gagal beri detail jualan dan cara pembelian.
Pujuk dan motivasikan audiens untuk beli hanya dari anda dengan masukkan detail jualan seperti :