Aezhad.com → Intro → Stigma
Majoriti penulis akan hadapi stigma sebelum menulis. Malangnya, stigma ini hanyalah ilusi seorang manusia yang takut untuk mencuba sahaja.
Wujudnya stigma dalam fikiran seorang penulis kerana mereka melihat peristiwa dan masalah yang berlaku pada penulis lain sebelum mereka.
Ada 5 stigma negatif yang popular dalam menulis yang kita akan rungkai satu per satu.
1. Tak ada orang baca
2. Kena menulis panjang
3. Perlu guna bahasa tinggi
4. Menulis dengan laju itu susah
5. Pembaca cuma nak jawapan yes/no sahaja
Kenyataan ini sebenarnya betul dan juga salah. Ada ribuan penulis digital di Malaysia yang terbitkan tulisan mereka setiap hari secara digital. Pada masa sama, kita sedia maklum yang rakyat Malaysia gemar melayari internet dan menjadikan media sosial sebagai platform untuk mereka menulis tentang kehidupan seharian.
Jadi, mana mungkin tiada seorang pun yang membaca artikel dan copywriting secara online.
Apa yang anda tidak tahu adalah, tulisan yang popular sebenarnya telah dipromosikan secara berbayar mahupun tidak berbayar di internet.
Lebih kerap anda promosikan tulisan anda, lebih besar kemungkinan untuk orang baca tulisan anda.
Logiknya, tulisan yang trending dan tepat dengan emosi pembaca mempunyai potensi yang lebih besar untuk dikongsikan berbanding tulisan yang bersifat ilmiah dan membosankan.
Solusi : Rangka pelan promosi selepas siap tulisan supaya orang baca.
Untuk satu artikel dijumpai dengan mudah di Google, artikel itu perlu dicari dan disusun terlebih oleh search engine seperti Google. Artikel ini disebut sebagai artikel SEO. Google dengan bantuan crawler bot mereka, akan mencari artikel yang ditulis panjang sebagai kriteria. (secara kasar 1,300 patah perkataan)
Tapi itu 15 – 10 tahun dulu.
Hari ini, tiada tulisan yang terlalu panjang dan terlalu pendek dalam dunia digital. Saya pernah menulis artikel berjumlah 600 patah perkataan dan tetap rank top 3 di carian Google.
Apa yang wujud hanyalah tulisan yang tepat pada keyword-nya dan convert (capai objektif).
Solusi : Fokus pada emosi, maklumat dan struktur HTML berbanding word count.
Sebenarnya tidak perlu.
Tulisan yang baik adalah tulisan yang mudah difahami pembaca. Analoginya, jika anda kupas sesuatu topik, budak 12 tahun pun mampu faham kupasan topik tersebut.
Guna bahasa yang mudah dan jelas. Elakkan jargon dan penggunaan Bahasa Melayu laras tinggi.
Bukan semua orang mampu memahami terma jargon dan sastera tinggi.
Solusi : Tulis guna bahasa yang familiar.
Ramai penulis menghadapi masalah untuk menulis dengan laju. Semua tahu, bila laju menulis, artikel siap dalam masa singkat.
Ini kemahiran yang perlu dilatih dan semua penulis boleh capai seni ini dengan rutin dan disiplin.
Tidak mustahil untuk anda mampu menulis dengan laju jika anda berlatih dengan formula / struktur tertentu semasa menulis secara digital.
Anda akan diajar formula menulis artikel dan copywriting dalam Bab 3 & Bab 4.
Solusi : Belajar formula menulis artikel dan copywriting.
Ini bergantung. Kita semua sedar yang hidup ini bukan 100% tentang betul dan salah semata-mata.
Sentiasa ada grey area dalam sesetengah perkara yang anda tidak perlu beri jawapan segera. Ada persoalan yang hanya boleh dijawab selepas puluhan tahun bahkan ratusan tahun.
Solusi : Beri pendapat tanpa perlu beri jawapan yes/no.
Saya baca dan tulis artikel terbaik berkaitan menulis digital setiap bulan. Dalam setahun, saya hanya akan hantar dua email terbaik (non–spammy).
Join newsletter saya untuk dapat email tersebut.