FRAMEWORK MENULIS ARTIKEL

Framework Menulis Artikel

Jika anda menulis tanpa formula, proses atau disiplin, kebarangkalian untuk anda hadapi masalah semasa menulis sangat tinggi. 

Cara untuk atasi masalah ini adalah dengan mencipta satu framework (kerangka kerja) atau proses sebelum menulis artikel. 

Proses menulis artikel ini sepenuhnya dari pengalaman peribadi saya dan juga diambil dari Kolby Hatch, seorang penulis di blog TheHustle dan Brian Dean dari website Backlinko.

1. Topik
2. Jenis Artikel
3. Kajian
4. Isi Artikel
5. Hook
6. CTA
7. Trim
8. Semak

Topik

Tak ada 1 solusi yang boleh selesaikan semua masalah di dunia. Jadi, sedarlah yang anda tak boleh tulis untuk semua orang. 

Langkah pertama adalah dengan memilih topik yang sesuai untuk ditulis berdasarkan :

  • Fungsi sebuah produk/servis 
  • Topik atau trend popular yang sedang diperkatakan umum 
  • Satu masalah sebenar yang dihadapi satu audiens/golongan 
  • Persoalan kepada satu isu yang memerlukan jawapan yang jelas

Jenis Artikel

Ada banyak jenis artikel yang boleh anda gunakan. Pemilihan jenis artikel ini bergantung kepada objektif asal artikel. 

Pemilihan ini penting dan ramai penulis yang tersangkut di bahagian ini. Kesannya, artikel yang boleh ditulis dalam masa 2 jam boleh menjadi 20 hari atau lebih. 

Saya kongsikan 3 jenis artikel dan Ikut sahaja template-nya.

✺ Senarai

Artikel bersifat senarai (listing) merupakan jenis artikel yang paling popular. 68% artikel bersifat senarai rank #1 di SERP (Search Engine Result Page) 

Caranya, anda susun kompilasi mengikut senarai nombor akan satu topik. Contoh :

  • 99 Nama Anak Lelaki Dalam Islam 
  • 8 Cara Untuk Kumpul RM 100,000 Dalam 5 Tahun 
  • 15 Resepi DIY Simple Untuk Makan Malam Bawah RM10
  • 6 Kereta Bawah RM50,000 Untuk Fresh Grad Gaji RM2,500

✺ Kajian Kes

Artikel jenis kajian kes lazimnya merupakan testimoni dari ‘use-case’ atau solusi kepada sebuah produk/servis.

Kebiasaannya, artikel ini digunakan dalam kempen promosi untuk mendapatkan kepercayaan dan memotivasikan prospek untuk guna produk/servis. 

Untuk kajian kes, anda perlu ada senarai soalan yang perlu anda dapatkan dari pengguna / pelanggan. Contoh soalan seperti:

  • Masalah yang mereka hadapi 
  • Kenapa mereka hadapi masalah itu 
  • Fungsi yang mereka suka pada produk/servis 
  • Apa stigma yang wujud sebelum guna produk/servis 
  • Perubahan hidup yang berlaku selepas guna produk/servis

Jadi, daripada soalan tadi, anda dapat menjana tajuk artikel seperti :

  • Jualan Klinik Ini Naik 25% Selepas Guna Software RM99 Ini 
  • Wanita 28 Tahun Ini Kongsi Cara Turunkan 30KG Dalam 90 Hari 
  • Strategi Sekolah Al-Amin, Bangi Kutip Dana RM89,000 Dalam 72 Jam
  • Sales Restoran Naik Dari RM2,000 Ke RM8,000 Selepas Ubah 4 Benda Ini

✺ Panduan

Artikel jenis panduan (ultimate guide) merupakan kompilasi lengkap yang bersifat how-to kepada beberapa jenis audiens. 

Boleh jadi audiens yang baca artikel itu terdiri daripada golongan amatur, pertengahan dan pakar. 

Artikel jenis ini penting untuk audiens tahu secara terperinci tentang masalah dan solusi kepada satu isu/produk/servis. 

Dalam merangka artikel jenis panduan, elemen yang perlu ada adalah :

  • Ada hook (ayat power) 
  • Tunjuk manfaat artikel tersebut kepada audiens 
  • Guna ayat atau kata-kata yang mudah difahami 
  • Sedikit latar belakang penulis (kredibiliti & autoriti)

Contoh mudah yang saya boleh tunjukkan pada anda adalah :

  • 6 Cara Untuk Bezakan Bag LV Original vs Bag LV Tiruan 
  • Step-By-Step Cipta RM10,000 Simpanan Dalam 12 Bulan
  • Bapa Mithali : Panduan Untuk Menjadi Bapa Dunia Akhirat 
  • Panduan Lengkap Untuk Tukar Tayar Kereta Waktu Emergency 

Kajian

Sebelum menulis, seorang penulis yang baik akan membuat kajian selengkap mungkin. Ini termasuk mencari data, informasi relevan tentang topik, trend, audiens, stigma dan bahasa yang digunakan audiens. 

Cara saya apabila membuat kajian sebuah topik adalah :

  • Tanya soalan di sosial media 
  • Baca buku berkenaan topik itu 
  • Baca diskusi di forum komuniti 
  • Bercakap dengan orang sebenar 
  • Baca artikel di Medium dan Substack
  • Lihat trend dan sentimen di sosial media 
  • Iklan dibuat pesaing / artikel ditulis pesaing

Sebaiknya, mulakan dengan buat carian di Google. Anda akan jumpa audiens dan pesaing, serentak di situ. 

Proses ini boleh makan masa singkat atau lama – bergantung kepada objektif dan topik artikel yang anda pilih. 

Elakkan dari mengambil masa terlalu lama dalam buat kajian. Sebaliknya luangkan lebih banyak masa untuk meyusun struktur artikel supaya audiens lebih memahami apa yang anda tulis. 

Jangan tertipu dengan content yang ditulis audiens secara online. Fahami konteks content itu dan cari 5 info ini berkaitan topik : 

  • Why 
  • Who 
  • What 
  • Where 
  • When

Isi Artikel

Balik kepada asas karangan yang kita pernah belajar di sekolah, saya masih gunakan asas menulis karangan seperti yang dipelajari di sekolah iaitu :

Masukkan stigma dan masalah yang audiens hadapi dalam satu topik. Anda juga boleh masukkan sentimen yang wujud pada satu trend dan isu. 

Kemudian, letakkan satu petikan ayat yang sebenar untuk mengukuhkan point di atas. 

Fasa seterusnya, beri inti konten yang anda akan tulis. Akhir sekali, beri alasan untuk audiens kekal membaca artikel itu sampai habis.
Pecahkan sub topik mengikut nombor seperti ; 1,2,3 atau abjad seperti a,b,c,d supaya audiens tahu aliran artikel tersebut dengan baik. 

Selain itu, pecahan sub topik penting untuk menjaga kebolehbacaan (readability) audiens. Artikel yang terlalu 'cramp' sukar dibaca dan dihabiskan. 

Masukkan data, statistik dan informasi daripada kajian anda cari untuk menyokong setiap poin dalam sub topik anda. 

Tanpa data, apa yang anda tulis hanyalah andaian semata-mata.
Dalam fasa akhir ini, ulang semula mesej atau objektif topik artikel supaya audiens tidak hilang fokus intipati artikel anda. 

Anda sebagai penulis juga perlu tekankan pendirian anda dalam satu topik atau isu. Dengan cara ini, audiens akan lihat anda sebagai seorang penulis yang berprinsip dan ada autoriti. 

Jika artikel yang anda tulis adalah artikel jualan, jangan lupa untuk masukkan elemen marketing seperti : 

Urgency - Motivasikan audiens untuk ikut arahan anda secepat mungkin. 

Scarcity - Beritahu audiens yang tawaran/unit adalah terhad.

CTA - Arahan pada audiens untuk capai objektif anda (beli/download/subscribe).

Hook

Hook adalah ayat yang menarik minat dan memotivasikan audiens untuk meneruskan pembaca artikel anda. 

Lazimnya, hook ini diletakkan di headline (H1) sebuah artikel. Ini memainkan peranan besar dalam kejayaan sebuah artikel. 

Gunakan kompilasi ini untuk cipta hook pada headline :

  • Nombor 
  • Persoalan 
  • Ayat Power 
  • Masalah + Solusi

Dalam panduan ini, saya akan kongsikan 10 jenis hook yang saya pernah guna dan terbukti berkesan di Google :

  • 6 Cara & Contoh Ayat Follow Up Customer WhatsApp 
  • 5 Barang Dropship Paling Laku di Malaysia (Edisi 2022)
  • 9 Kompilasi Doa Anak Soleh Solehah Terkini (Arab + Rumi)
  • Bulan 12 Waktu Terbaik Untuk Window Shopping Rumah?
  • 15+ Lubuk Buat Bisnes Online Tanpa Modal Anda Boleh Cuba 
  • 5 Doa Untuk Anak Jadi Soleh, Bijak & Dengar Kata (LENGKAP)
  • Apa Itu Keusahawanan? Ini Maksud, Contoh & Definisi Sebenar
  • 5 Contoh Ayat Soft Selling Anda Boleh Guna Dalam Copywriting
  • Harga Hartanah Di 24 Kawasan Ini Akan Melonjak Menjelang 2021
  • 3 Teknik + Contoh Buat Sasaran Pelanggan Perniagaan Yang Lengkap

CTA

CTA atau Call-To-Action merupakan arahan yang anda perlu tetapkan pada audiens selepas mereka selesai baca artikel anda. 

CTA yang bagus menunjukkan faedah dan perubahan hidup pada audiens jika mereka ikut arahan yang ditetapkan. 

Berikut adalah framework CTA yang bagus :

  • Lawan stigma / mitos yang wujud 
  • Empati dengan masalah dihadapi 
  • Jadi spesifik jangan bagi tawaran umum 
  • Tunjuk langkah seterusnya pada audiens

Dan ini merupakan contoh CTA yang anda boleh jadikan contoh : 

🔴 Saya Nak Minum Jus Kurus Ini Sekarang
🟢 Saya Dah Cuba, Tapi Gagal. Bantu Saya!

🔴 Upah Saya Untuk Design Website Anda
🟢 Runding & Deal – 10 Minit Sahaja

🔴 Semak Buku Manual WordPress
🟢 Tunjuk Bug Pada WordPress Saya

🔴 Langgan Di Sini
🟢 Cuba Percuma – Tanpa Kredit Kad

Mindset hanya satu – “pendekkan artikel anda, sependek yang mungkin.” (Amiruddin Hamidun)

Kemudian, baca dengan kuat artikel tersebut. Pastikan bahasa yang anda guna itu merupakan bahasa seharian audiens dan tidak kedengaran kekok.

Trim

Selepas anda selesai menulis, pastikan anda berehat sekurang-kurangnya 10 minit sebelum menyunting. Ada penulis ambil masa sehingga 1 minggu sebelum menyunting. 

Logiknya adalah, kerja melibatkan kreatif tidak boleh dipaksa. Ia terhasil dalam minda separa sedar dan tanpa dipaksa. 

Dalam proses trimming, anda perlu :

  • Buang ayat jargon 
  • Pendekkan perenggan yang terlalu panjang
  • Buang ayat yang berbunga-bunga (novelty)

Semak

Semak aliran atau ‘flow‘ tulisan anda – adakah artikel itu logik dan ditulis secara semulajadi? 

Adakah audiens yang membaca artikel itu merasai peringkat emosi yang sepatutnya mereka lalui?

Anda boleh gunakan framework seperti AIDA dan PASTOR supaya aliran artikel dilihat lebih semulajadi.

  • AIDA : Awareness, Interest, Desire, Action
  • PASTOR : Problem, Amplify, Solution, Testimony/Transformation, Offer, React

Kemudian, semak sebarang ‘typo’ dan kesilapan ‘Caps Lock’ yang mungkin ada dalam tulisan anda. 

Selepas selesai semua proses ini, anda boleh masukkan imej/video atau hyperlink yang berkaitan dengan topik.

Baca : Framework menulis copywriting

Kerangka kerja & cara tulis copywriting dengan laju.

mehmed aezhad

Newsletter

Saya baca dan tulis artikel terbaik berkaitan menulis digital setiap bulan. Dalam setahun, saya hanya akan hantar dua email terbaik (nonspammy).

Join newsletter saya untuk dapat email tersebut.