Aezhad.com → Intro → Stigma → Artikel → Copywriting → Emosi 

EMOSI DALAM COPYWRITING

Emosi Dalam Copywriting

Copywriting yang baik biasanya mempunyai nilai emosi yang tinggi. Emosi dalam copywriting penting sebagai taktik asas dalam mencuri 3 saat pertama daripada audiens anda.

Ramai yang gagal dalam menulis copywriting beremosi kerana copywriting tersebut terlalu memaksa dan menjual. Kesannya copywriting itu seolah-olah ditulis untuk robot dan bukan manusia sebenar.  

“Cara menjual yang sebenar adalah dengan tidak menjual.”

Jadi, adalah penting untuk faham psikologi manusia semasa menulis copywriting yang efektif. Caranya :

  • Guna social proof & scarcity dalam menjual 
  • Faham lapisan emosi yang ada pada audiens 
  • Faham masalah, bahasa & istilah digunakan audiens

Maslow’s Hierarchy Of Needs

Maslow’s Hierarchy Of Needs

Sebagai pemula emosi dalam copywriting, fahami struktur Maslow Hierarki. 

Menurutnya, setiap masalah adalah berantai antara satu sama lain. Sebagai contoh, kesan apabila seorang anak muda gagal menjadi pengurus bank antarabangsa, sosial statusnya di kalangan keluarga, sahabat dan kenalan akan jatuh. 

Anak muda itu seterusnya juga mungkin akan menghadapi masalah berinteraksi dan berdepan dengan keluarga dan kawan. 

Lama kelamaan, overthinking ini cenderung mendatangkan masalah kesihatan kepadanya. 

Akhirnya, semua ini memberi impak negatif kepada keperluan asas seperti makan minum dan tempat tinggalnya. 

Begitu juga emosi dalam copywriting, anda perlu motivasikan audiens betapa besarnya masalah itu dari sudut kos dan kesan jika mereka mengabaikan masalah tersebut pada hari ini. 

Ada 4 emosi berkesan dalam copywriting yang digariskan oleh Daniel Doan Beliau seorang copywriter yang menulis copywriting untuk Uber, Tiktok, WIX, Click Funnel, Hubspot dan Shopify. 

4 Emosi Dalam Copywriting

  • Serba salah 
  • Marah 
  • Sedih 
  • Inspirasi 

➊ Serba Salah

Merupakan satu emosi yang menyebabkan seseorang merasa tidak senang dengan satu isu / trend/permasalahan. Namun, pada masa sama, tidak pasti masalah itu perlu diselesaikan secepat mungkin atau tidak.

âž‹ Marah

Emosi paling kuat dan mudah untuk digunakan dengan membuat audiens rasa relatable atas masalah yang mereka hadapi. Sebagai contoh, anda boleh gunakan trend/isu semasa yang dekat dengan prospek anda. 

➌ Sedih

Buat audiens rasa sedih dengan kesan jangka panjang dan dilema yang mereka hadapi jika berlengah-lengah untuk dapat faedah produk/servis anda.

➍ Inspirasi

Jual harapan dan kisah positif yang memotivasikan audiens untuk turut serta merasai nikmat perubahan hidup dan faedah dari produk/servis anda.

Baca : Menulis headline yang efektif

Pendekkan masa menulis headline dengan 10 teknik ini.

mehmed aezhad

Newsletter

Saya baca dan tulis artikel terbaik berkaitan menulis digital setiap bulan. Dalam setahun, saya hanya akan hantar dua email terbaik (nonspammy).

Join newsletter saya untuk dapat email tersebut.