Aezhad.com → Intro → Ujian → Asas → Masa → Kepimpinan

JENIS
KEPIMPINAN
SEORANG BAPA

Jenis Kepimpinan Seorang Bapa

Kalau anda lihat anak-anak kawan dan anak-anak orang lain, anda akan nampak wujud pelbagai karakter pada anak-anak mereka. Ini semua cerminan kepada cara kepimpinan ibu & bapa mereka (parenting) yang membentuk karakter & jati diri anak-anak tersebut. 

Dan salah satu faktor terpenting yang mempengaruhi karakter anak-anak adalah, gaya keibubapaan yang dilalui dalam proses membesar. 

Dalam konteks kepimpinan seorang bapa, kita perlu bersetuju yang setiap ketua keluarga mempunyai pandangan dan corak kepimpinan yang berbeza. 

Sebenarnya, ada 4 jenis kepimpinan dalam parenting yang anda perlu tahu :

  • Neglectful
  • Permissive
  • Authoritarian
  • Authoritative

Neglectful – Ibu bapa tidak mempedulikan & menghargai anak.

Permissive – Ibu bapa mesra & bertanggungjawab, tetapi lemah mengawal anak.

Authoritarian – Ibu bapa mengawal anak dengan disiplin tapi kurang bertanggungjawab.

Authoritative – Ibu bapa mengawal anak-anak & bertanggungjawab terhadap anak-anak.

Jenis Kepimpinan Kepada Anak

Anak kurang keyakinan diri, tidak pandai kawal emosi & lemah dalam akademik.
Anak tinggi keyakinan diri, tetapi kurang bertanggungjawab & tak gemar ke sekolah.
Anak kurang keyakinan diri, kurang bergaul & sederhana dalam akademik.
Anak tinggi keyakinan diri, pandai kawal emosi, mudah bergaul & cemerlang dalam akademik.

Soalnya, sejauh mana jenis kepimpinan di atas penting? Ini huraiannya. 

Kenapa Jenis Kepimpinan Penting?

Tanpa kita sedari, cara kita berinteraksi dan berhadapan dengan anak membentuk satu perasaan dan pengalaman dalam proses mereka membesar. 

Dan semua perasaan dan pengalaman ini sebenarnya secara langsung memberi kesan kepada 3 elemen utama ini :

➊ Akademik

Bapa yang cenderung mengabaikan anaknya akan sedar anaknya lemah dalam akademik kerana kurang interaksi sosial dan diskusi ilmiah di antara mereka. 

Berbeza dengan bapa yang mengambil peduli dan bertanggungjawab atas pendidikan anak mereka, akan dapati anak mereka lazimnya cemerlang dalam akademik.

➋ Sosial Skill

Kemahiran bersosial adalah seni berinteraksi yang semakin pudar dalam kalangan golongan muda masa kini.

Lahir pada zaman setiap orang mempunyai 1-2 skrin (smartphone/tablet), berbeza dengan zaman bapa mereka yang lahir di zaman satu rumah hanya ada 1 skrin (televisyen/komputer).

Bapa yang menerima pakai gaya parenting authoritative cenderung untuk mengadakan diskusi ilmiah dan berinteraksi dengan lebih kerap dengan anak mereka. Kesannya, anak cepat matang dan ada cara fikir untuk bersosial. 

➌ Kesihatan Mental

Bapa yang menghadapi masalah kewangan, masalah rumahtangga dan sakit cenderung untuk menjadi bapa yang mengabaikan anak mereka. 

Kesan langsungnya adalah, anak kurang keyakinan diri dan tidak pandai mengawal emosi. Mereka berisiko tinggi dengan penyalahgunaan bahan terlarang dan kes juvana. 

Dalam misi menjadi bapa yang baik, sangat penting untuk anda faham yang terlalu mencuba dan terlalu santai pun akan memakan diri. Dikhuatiri, anda membesarkan anak dalam suasana toksik. Ini ciri-ciri bapa yang toksik :

Ciri - Ciri Bapa Yang Toksid

  • Bapa yang overprotective.
  • Bapa yang suka memukul & mendera.
  • Bapa yang mengabai anak setiap hari.
  • Bapa yang suka memaki & menengking.
  • Bapa yang ada jangkaan tak masuk akal.
  • Bapa yang tidak memberi privasi pada anak.

Kita sedia maklum, menjadi bapa bukanlah komitmen part-time, sebaliknya komitmen sepenuh masa. 

Tapi, jangan pula anda lupa untuk bertenang kerana proses membesarkan anak mengambil masa yang lama. Ini cara menjadi bapa yang lebih tenang :

6 Cara Jadi Bapa Yang Lebih Tenang

1. Kongsi misi parenting dengan isteri.
2. Berdamai dengan ibu bapa & trauma silam.
3. Jangan peduli corak kepimpinan orang lain.
4. Baiki niat & ikhlaskan usaha menjadi bapa.
5. Ubah corak kepimpinan menjadi authoritative.
6. Jangan bandingkan anak dengan anak orang lain.

Jauhkan diri daripada menjadi bapa yang toksik. Jadilah bapa yang lebih santai dan tenang tanpa merisikokan masa depan anak.

Baca : Tugas seorang bapa

Kontrak akhir hayat dalam mencipta insan.

mehmed aezhad

Newsletter

Saya baca dan tulis artikel terbaik berkaitan bapa mithali setiap bulan. Dalam setahun, saya hanya akan hantar dua email terbaik (nonspammy).

Join newsletter saya untuk dapat email tersebut.