Aezhad.com → Intro → Ujian → Asas → Masa → Kepimpinan → Tugas → Kesimpulan
Ini adalah bahagian terakhir Seni : Bapa Mithali. Sebelum anda selesai, jom kita buat imbasan kembali panduan ini :
Untuk Bakal Bapa : Ketahuilah tiada bapa yang ada buku manual menjadi bapa. Anda perlu hadapi jalan menjadi bapa ini berlandaskan Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad saw. Ambil pengajaran yang baik dari bapa, datuk atau bapa saudara anda dalam menjadi bapa.
Untuk Bapa : Segala masalah dan derita yang anda hadapi dalam menjadi bapa adalah pengalaman yang akan mematangkan anda. Tingkatkan potensi diri sebagai bapa dengan rutin hidup dan dokongan komuniti. Tugas kita adalah menjadikan anak-anak kita, versi terbaik mereka.
Sewaktu menulis, lazimnya saya mendengar lagu-lagu genre Turkish Folk & genre Khaliji. Genre ini membantu saya mencapai ketenangan dalam berfikir & menulis. Ini senarai Youtube Playlist saya.
Saya kongsikan kata-kata hikmah dan motivasi yang saya jumpa sepanjang proses menulis karya ini untuk kegunaan anda :
“Kita tak pernah tahu kasih sayang ibu bapa, sehingga kita menjadi ibu bapa.” – Henry Ward Beecher
“Setiap bapa perlu ingat yang satu hari nanti, anak mereka akan ikut contoh mereka, bukan nasihat mereka.” – Charles Kettering
“Lebih mudah untuk bentuk kanak-kanak berbanding lelaki yang rosak.” – Frederick Dougglas
“Menjadi bapa adalah seperti bercukur. Tak kira betapa bagus kau bercukur hari ini, kau tetap perlu lakukannya semula, besok.” – Reed Markham.
“Bapa sejati menunjukkan kekuatannya dalam kelembutan, bukan menerusi kekerasan.” – Pepatah Arab.
“Saya terinspirasi untuk menjadi bapa yang sama kepada anak saya, sama seperti awak menjadi bapa saya dulu.” – Pepatah Arab
“Tiada orang boleh buat seorang wanita menjadi ratu kecuali bapanya” – Pepatah Arab
“Menjadi bapa mengubah saya, saya menjadi lebih sabar.” – Sourav Ganguly
“Bapa yang baik jarang didendang, dipuji, disedari dan merupakan aset terbesar dalam masyarakat.” – Billy Graham
“Disebalik anak-anak yang percaya kepada diri mereka adalah ibu bapa yang percaya kepada mereka.” – Matthew Jacobson
Saya baca dan tulis artikel terbaik berkaitan bapa mithali setiap bulan. Dalam setahun, saya hanya akan hantar dua email terbaik (non–spammy).
Join newsletter saya untuk dapat email tersebut.