Bapa adalah seorang manusia yang menjadi panduan hidup anak-anak agar menjadi manusia sambil tidak putus menumpahkan kasih dan sayang.
Dalam Islam, bapa seringkali digambarkan sebagai contoh suri teladan positif, pemberi dan pendukung anak-anak.
Sejarah membuktikan berkali-kali, bapa yang membesarkan anak berpandukan 100% al-Quran dan hadis Rasulullah saw akan menghasilkan output yang memberi rahmat kepada manusia lain.
Jika dilihat daripada sisi pandang falsafah Barat, seorang bapa digambarkan sebagai guru pertama falsafah kehidupan dalam spektrum tanggungjawab, seni hidup dan realiti kepada seorang anak.
Menjadi bapa merupakan satu penghormatan daripada Allah SWT kepada seorang laki-laki.
Pelajaran seumur hidup terbesar menjadi seorang bapa adalah ikhlas. Tidak ramai yang tahu tingkatan ikhlas dan darjat ikhlas itu bertahap.
Seorang laki-laki akan diuji dan pasti akan melalui 3 fasa keikhlasan :
1. Ikhlas yang menyeksa jiwa & raga.
2. Ikhlas yang terpaksa demi waktu & keadaan.
3. Ikhlas yang akhirnya menjadi satu kebiasaan.
Dalam proses menjadi bapa, kita sentiasa tercari-cari panduan yang paling tepat termasuk orang yang boleh menjadi contoh dalam proses kita menjadi bapa.
Malangnya, lebih ramai yang gagal berbanding yang berjaya dalam proses mencari panduan & teladan ini.
Saya telah lakukan sebuah kaji selidik ke atas 20 orang bapa merangkumi bapa yang mempunyai anak yang masih kecil (<5 tahun), anak yang sudah bersekolah (<18 tahun) dan bapa yang mempunyai anak yang sudah tamat persekolahan (>18 tahun).
Apa yang menarik adalah, 63% dari mereka menjadikan bapa mereka sendiri sebagai panduan & role model dalam menjadi seorang bapa.
Sebenarnya, respon ini tidaklah mengejutkan kerana semenjak ribuan tahun dulu, kita (lelaki) cenderung meniru gaya kepimpinan orang terdekat yang membesarkan kita.
Tak kiralah samada orang itu adalah, bapa, atuk atau bapa saudara.
Bakinya, mereka menjadikan tokoh agama dan sahabat terdekat sebagai suri teladan seorang bapa. Tiada yang menjadikan influencer media sosial dan selebriti sebagai role model menjadi bapa.
Soalnya, apakah nilai dan pengajaran yang ingin dipelajari semua bapa? Apakah trauma & kesukaran yang mereka hadapi dalam proses menjadi bapa?
Setiap orang ada cabaran dan halangan tersendiri dalam peralihan hidup daripada seorang pemuda kepada seorang suami. Apatah lagi peralihan daripada seorang suami kepada seorang bapa.
Agak menyedihkan bilamana, ramai bapa yang tak mampu menanggung beban dan menderita bersulam air mata menghadapi kesukaran menjadi bapa yang terbaik.
Dalam sesetengah kes, ada yang mengambil jalan pintas dengan melarikan diri atau membunuh diri.
Situasi anak-anak yang hidup tanpa bapa hari ini dah menjadi satu wabak. Yang dulunya hanya menjangkiti kanak-kanak di Barat, kini sudah mula timbul dalam kalangan anak watan kita.
Ini merupakan kompilasi benda paling sukar dalam menjadi bapa daripada kebanyakan bapa moden hari ini :
Menurut Alex Van Houten, mentor Defining Dad Bod yang berpangkalan di Arkansas, US terdapat 10 punca kenapa seorang bapa menjadi tidak bahagia dan kekal terperangkap dalam masalah yang mereka hadapi :
Pokok pangkalnya, tanggungjawab menjadi bapa yang sangat besar menyebabkan ramai bapa yang tak lena tidur pada malam hari.
Boleh dikatakan semua bapa tidak tahu sebesar mana tanggungjawab mereka yang perlu dipikul dalam membesarkan anak-anak.
Dan mereka tidak pasti adakah mereka mampu menampung tanggungjawab tersebut.
Bila mereka tak tahu, maka mereka menyerahkan segala-galanya untuk anak-anak. Dan mereka hilang segalanya dengan alasan menjalankan tanggungjawab kepada anak.
Menjadi bapa tidak semestinya perlu tegas, garang dan berdisiplin semata-mata.
Ciptalah memori dengan beri pengalaman hidup kepada anak-anak dengan mengembara ke alam semulajadi yang penuh misteri. Buat apa yang anda dah lama inginkan bersama anak-anak.
“Jadi bapak ini, kita kena provide semuanya sampai habis.”
Monolog ini mungkin pernah hadir dalam fikiran anda sewaktu memandu, mandi atau berbasa basi bersama kawan-kawan.
Hakikatnya, cukuplah menyediakan keperluan kepada anak-anak.
Anak-anak perlu diajar survival skill dan hidup secara minimal tanpa perlu bermewah-mewahan dengan keduniaan yang tidak perlu.
Adakah proses ini mudah? Sudah tentu tidak mudah. Lebih-lebih lagi bila kita merasa ‘fear of missing out’ (FOMO) melihat gaya parenting orang lain di media sosial.
Tapi, kitalah yang paling tahu keperluan anak-anak kita berbanding orang lain. Maka, coraklah proses pembesaran anak-anak mengikut misi dan keperluan anak-anak kita.
Jadikan gaya parenting orang lain sebagai ilmu tambahan dan tidak semestinya perlu ditiruvasi secara total.
Di Russia, istilah “jadi hantu atau nenek moyang” ini cukup popular dalam kalangan orang tua yang memberi nasihat kepada pemuda yang baru menerima cahaya mata pertama.
Selepas diberi sebakul ucapan tahniah, tibalah “bro talk” sebenar di mana mereka diingatkan untuk menjadi nenek moyang yang baik berbanding hantu. Apa maksudnya?
“Falasi terbesar dalam menjadi bapa adalah : Beri seluruh dunia kepada anak-anak.“
Kepimpinan berdasarkan nilai estetik dan kebendaan ini menyebabkan anak-anak akan nilai semua benda termasuk hubungan sosial dengan nilai ringgit.
Pernahkah anda terfikir, sebagai bapa, apa yang anda inginkan sebenarnya?
Jika disoal pada 100 orang bapa, kita akan dapat 100 jawapan berbeza. Apa yang penting, tetapkanlah apa nilai hidup yang anda ingin berikan kepada anak-anak.
Belum pernah ada bapa yang mengakui menjadi bapa adalah satu “full-time job” yang senang.
“Seluruh komuniti bertanggungjawab membesarkan kanak-kanak dalam persekitaran yang selamat & sihat” – Pepatah Afrika.
Mustahil untuk anda membesarkan anak-anak seorang diri tanpa interaksi dan bantuan komuniti sekeliling.
Sejarah membuktikan bahawa kanak-kanak yang dibesarkan di kawasan ghetto cenderung terjebak dengan gejala sosial seawal usia 13 tahun berbanding kanak-kanak yang dibesarkan di kawasan yang selamat & sihat.
Berdasarkan kaji selidik yang saya jalankan, 6 daripada 11 responden mengatakan mereka hilang “masa”.
Ini termasuklah :
Hakikat ini sememang pedih dan perit. Kita bukan sahaja berkorban wang ringgit dan tenaga, bahkan masa yang banyak khasnya untuk memberi perhatian, membesarkan dan mendidik anak menjadi manusia.
Sekuat manapun badai yang melanda pantai, akan surut juga. Akan tiba masa bilamana anak-anak akan jalani hidup mereka dengan cara mereka.
Akan tiba waktu di mana mereka tidak lagi mahu berada 24 jam dengan kita. Akan tiba waktu kita rindukan telatah anak-anak yang menggelikan hati.
Maka, sabar dan laluilah proses ini. Proses ini, turut dilalui oleh manusia-manusia sebelum kita.
Ada nikmat yang jarang kita sedari kerana nikmat itu tak mampu dilukis dan ditulis padai hujung tempoh kita menjadi bapa.
Hidup ini ada kiri dan kanan. Bahkan, kopi juga ada yang pahit dan ada yang manis. Kesibukan menjadi bapa bukan alasan untuk tidak bersyukur atas nikmat menjadi bapa.
Ini 3 nikmat terbesar menjadi bapa :
Sedikit demi sedikit, kita akan sedar betapa besarnya impak pengalaman seorang kanak-kanak lelaki dalam membentuk gaya kepimpinan mereka menjadi seorang bapa kelak.
Lazimnya, pengalaman kanak-kanak yang positif akan kita teruskan tanpa banyak berfikir. Sebaliknya, kita dihantui pengalaman kanak-kanak yang negatif.
Boleh jadi, ini pengalaman kanak-kanak yang menyebabkan anda ingin buat perubahan :
Walau negatif mana sekalipun pengalaman kanak-kanak yang anda lalui, tamatkanlah pengalaman itu.
Patahkan rangkaian gaya kepimpinan yang terlalu keras dan mengabaikan anak-anak.
Kerana satu hari nanti, anak-anak tidak akan ingat apa yang anda katakan. Mereka akan ingat apakah perasaan yang anda berikan pada mereka.
Kalau anda buntu untuk jadi bapa jenis apa yang ingin dikenang oleh anak-anak, ini senarai yang anda boleh cuba :
Saya baca dan tulis artikel terbaik berkaitan bapa mithali setiap bulan. Dalam setahun, saya hanya akan hantar dua email terbaik (non–spammy).
Join newsletter saya untuk dapat email tersebut.