Warning: opendir(/home/aezhadco/public_html/wp-content/mu-plugins): failed to open dir: Permission denied in /home/aezhadco/public_html/wp-includes/load.php on line 981 Masa Berkualiti Bapa Mithali dari Mehmed Aezhad
Anak-anak sebenarnya tidak pernah inginkan hadiah dan wang anda. Apa mereka inginkan adalah masa, perhatian & kasih sayang anda.
Cuba tanya pada diri anda, anda ingatkah hadiah hari jadi yang anda terima dari ibu bapa sepanjang umur 7 tahun – 9 tahun?
Majoriti akan ambil masa yang lama untuk mengingati kembali dan ramai yang langsung tak ingat.
Sekarang, ingatkah anda ke mana bapa anda bawa anda berjalan sepanjang umur 7 tahun – 9 tahun?
9 dari 10 orang akan ingat walaupun sekadar pulang beraya ke kampung atau dihantar & diambil dari sekolah.
Memori (baca : perasaan) yang anda lalui & rasai sepanjang meluangkan masa bersama bapa anda adalah memori yang paling kuat berbanding nilai estetik.
Tahukah anda, ada beberapa tanda yang anda boleh nampak bila anda kurang luangkan masa bersama anak-anak? Ini tandanya :
1. Tantrum 2. Membaling mainan/barang 3. Menjadi pendiam tanpa sebab 4. Mereka menjadi manja tiba-tiba 5. Agresif dengan rakan/adik beradik 6. Minta ditolong walaupun tidak perlu
“Kalau anak anda sedang berdrama di rumah anda, anda sebagai tuan rumah yang bertanggungjawab menghentikan drama itu.”
Mulakan dengan tetapkan satu rutin atau tingkah laku yang anak anda boleh jangka dari anda sebagai bapa. Ini contohnya :
Peluk setiap kali mereka bangun tidur
Baca doa makan/ kenderaan/tidur bersama
Nyanyi lagu yang mereka boleh nyanyi bersama
Minta anak bercerita tentang mainan/kartun mereka
Letak smartphone apabila anak datang untuk sesuatu
Triknya adalah untuk buat satu aktiviti yang positif bersama-sama dengan anak berulang kali tanpa bosan.
Ada baik anda berdiam diri daripada memberikan perhatian negatif seperti menengking & memukul jika tak mampu beri perhatian positif kepada mereka.
Berapa Banyak Masa Kena Luang Dengan Anak?
Tiada jawapan yang ‘fit-to-all’ untuk soalan ini kerana setiap bapa dan anak mempunyai nilai, budaya, fahaman, agama, kejiranan, latar belakang dan keperluan yang berbeza antara satu sama lain.
Keperluan perhatian untuk anak berumur 1 tahun tidak boleh disamakan dengan anak berumur 7 tahun.
Jawapan yang paling tepat adalah, luangkan sekurang-kurangnya 2 jam – 4 jam sehari bersama anak anda.
Pecahkan masa itu mengikut aktiviti seperti makan bersama, solat bersama, bersukan bersama dan sebagainya. Bersederhana adalah lebih baik berbanding berlebihan dan berkurangan.
Terlebih luang masa : Anak & bapa penat.
Terkurang luang masa : Anak rasa dipinggirkan & bapa rindu.
Sebaiknya, kita ikuti contoh terdekat dari bapa lain yang terbukti berkesan dalam meluangkan masa dengan anak mereka.
7 Idea Masa Berkualiti Dengan Anak
Ini merupakan kompilasi 7 aktiviti berkualiti sebenar yang dilakukan sahabat saya S A Malik dalam tempoh menjadi ‘single father’ selama 1 tahun.
Beraktiviti – Pilih 1 sukan atau aktiviti yang anda & anak-anak boleh lakukan bersama. Boleh seringkas beli ais krim dan makan dalam kereta.
Masa Sebelum Tidur – Baca buku atau pillow talk dengan mereka.
Urus Rumah – House keeping bersama. (Dan sabar jika mereka tidak capai piawaian anda).
Borak kosong – Bual apa sahaja dengan mereka asalkan sesuai dengan umur mereka.Banyakkan mendengar dan berikan affirmasi semasa berbual
Berdiskusi – Latih anak berfikir dengan betul dengan berdiskusi hal kompleks. Jika pandangan mereka betul, rendahkan ego seorang dewasa dan terima.
“Paling mustahak, ajar anak-anak bila ada masalah seperti ; kupas buah, ambil barang, terjatuh, panggil ayah dulu untuk selesaikan & ajar cara selesaikan masalah itu.”
Baca : Jenis kepimpinan bapa
Ketahui kesan 4 jenis kepimpinan ini terhadap anak.