Warning: opendir(/home/aezhadco/public_html/wp-content/mu-plugins): failed to open dir: Permission denied in /home/aezhadco/public_html/wp-includes/load.php on line 981 Rumusan Menulis Digital dari Mehmed Aezhad
Ini adalah bahagian terakhir Panduan : Menulis Digital. Sebelum anda selesai, jom kita buat imbasan kembali panduan ini :
Untuk copywriter : Objektif menulis copywriting tidak lain adalah conversion. Akan tetapi, jangan lupa untuk mendidik dan menjadikan audiens anda lebih pandai dengan memberi nilai tambah pada mereka menerusi tulisan anda. Cipta rutin dan disiplin supaya anda mencapai tahap penulisan yang tepat dalam masa singkat.
Untuk content writer : Semua penulis artikel yang prolifik adalah amatur yang tidak mengalah, terus menulis dan belajar sepanjang proses menulis. Baca sebanyak mungkin bahan yang anda perlukan dan strukturkan supaya artikel anda mengubah persepsi dan capai objektif artikel.
Sewaktu menulis, lazimnya saya mendengar lagu-lagu genre Turkish Folk & genre Khaliji. Genre ini membantu saya mencapai ketenangan dalam berfikir & menulis. Ini senarai Youtube Playlist saya.
Imbasan - Panduan Menulis
➊ Stigma Dalam Menulis
Jalan pintas untuk membunuh stigma dalam menulis adalah :
Rangka Pelan Promosi
Tenaga yang anda perlu laburkan untuk orang baca tulisan anda perlu sama banyak dengan tenaga anda menyiapkan tulisan itu.
Jangan Fokus Pada Jumlah Perkataan
Sebaliknya, fokus kepada emosi, data, maklumat dan struktur HTML tulisan anda kerana tiada artikel yang terlalu pendek dan terlalu panjang. Apa yang ada adalah, tulisan yang capai objektif atau tidak sahaja.
Tulis Menggunakan Bahasa Familiar
Kuncinya adalah, buat pembaca rasa seolah-olah anda sedang bercakap di depan mereka.
Belajar Formula Menulis
Proses menulis copywriting dan menulis artikel ada disiplin yang berbeza dan anda perlu kuasainya supaya anda mampu keluarkan tulisan yang tepat dalam masa singkat.
➋ Framework Menulis Artikel
Topik – Pilih 1 topik yang menyelesaikan masalah audiens dan elak daripada menulis untuk semua orang.
Jenis Artikel – Buat keputusan untuk menulis artikel jenis ; senarai, kajian kes atau panduan.
Kajian – Kumpul sebanyak mungkin data, informasi relevan tentang topik, trend, audiens, stigma dan bahasa yang digunakan audiens.
Isi Artikel – Asasnya, guna framework permulaan, isi dan penutup. Anda boleh mula samada dari permulaan atau penutup dulu.
Hook – Cipta ayat yang menarik minat dan memotivasikan audiens untuk meneruskan pembaca artikel anda.
CTA – Nyatakan arahan yang anda ingin audiens lakukan selepas selesai membaca artikel anda. Arahan mestilah spesifik & jelas.
Trim – Buang ayat jargon, novelty dan pendekkan perenggan yang terlalu panjang.
Semak – Semak aliran artikel anda dari sudut pandang pembaca dengan menggunakan formula AIDA atau PASTOR.
➌ Framework Menulis Copywriting
Guna pakai formula copywriting dari Ray Edwards iaitu PASTOR :
Problem – Masalah dihadapi audiens
Amplify – Kenapa masalah itu penting
Solution – Cara selesaikan masalah
Transformation – Perubahan hidup
Offer – Tawaran pada produk/servis
React/Respond – Arahan pada audiens
➍ Emosi Dalam Copywriting
Copywriting dengan emosi yang tepat mampu mencuri 3 saat pertama dari audiens. Guna pakai 4 jenis emosi ini :
Serba Salah
Buat audiens rasa serba salah jika mereka tidak guna produk/servis anda.
Marah
Bangkitkan kemarahan dialami audiens berdasarkan masalah yang mereka hadapi.
Sedih
Keluarkan dilema & kesan jangka panjang jika audiens tidak guna produk/servis anda.
Inspirasi
Jual harapan & kisah positif yang audiens boleh kaitkan dengan kehidupan mereka.
➎ Menulis Headline Yang Efektif
1. Tambah (bracket) pada tajuk 2. Masukkan keyword penting pada tajuk 3. Masukkan emosi yang dialami audiens 4. Masukkan senarai (nombor) pada tajuk 5. Gunakan bahasa yang digunakan harian 6. Masukkan tahun pada tajuk seperti 2024 7. Beri solusi yang diinginkan pembaca pada tajuk 8. Masukkan tajuk mengikut musim (Promo Aidilfitri) 9. Cipta tajuk untuk manusia bukan robot (mudah dibaca) 10. Guna ayat positif contohnya ; terkini, terbaik, kemas kini
Penulis Yang Saya Suka
Saya kongsikan penulis buku fizikal & digital yang saya minati dan menjadi rujukan saya dalam menulis :